Pages

Monday, November 7, 2011

Kalau betul ko KAYA sangat teruskanlah merokok...


He..he..he.. bunyi macam garang je nak sound orang merokok.. saja je ye.. jangan amik hati ye.. bila nakcerita pasal mejejaskan kesihatan pun diorang bukan kesah.. nak cerita dari sudut agama pun diorang mungkin gak tak berapa kesah gak.. mari kita buat kira-kira sikit berapa kekayaan perokok ni.. besar figurenya $$$


kita andaikan satu hari mereka kaya dengan RM 10.00 untuk rokok
setahun = RM10 x 365 = 3,650.00
katakan kita melabur ke dalam amanah saham yang bagi dividen 8.5%

  • Tahun pertama RM 3,650.00 + (310.25) 8.5% = RM 3,960.25 (alah tiga ribu lebih je setahun.. opss.. teruskan baca)
  • Tahun ke 2   (RM 3,960.25 + RM 3,650.00) = 7,610.25 + (646.87) 8.5% = RM 8,257.12
  • Tahun ke 3   (RM 8,257.12 + RM 3,650.00) = 11,907.12 + (1,012.11) 8.5% = RM12,919.23
  • Tahun ke 4   (RM 12,919.23 + RM 3,650.00 ) = 16,569.23 + (1,408.38) 8.5% = RM17,977.61
  • ...........
  • ...........

seterusnya sampai ke..
  • Tahun ke 10  (RM 50,498.11 + RM 3,650.00 ) = 54,148.11 + (4,602.59) 8.5% = RM58,750.70


58,750.00..!!!! HEBAT..

Itulah jumlah yang di bakor dalam tempoh 10 tahun...
Katakan perokok mula hisap sekotak rokok bermula umur 25 tahun.. pada umur 35 tahun perokok yang kaya ni telah membakar RM 58,750.00 WOW.. (teruskan lagi baca untuk figure yang lebih besar..)

okey.. korang paham tak kira-kira kat atas tu.. 

tak paham takpe.. korang boleh tanya kawan atau korang percaya ajelah dengan figure yang aku buat ni
ok takpe untuk lebih menarik lagi kita teruskan kira untuk tahun ke 20

  • Tahun ke 20   (RM 172,926.10 + RM 3,650.00 ) = 176,576.10 + (15,008.97)8.5% = RM191,585.10
  • Tahun ke 30  (RM 453,383.70 + RM 3,650.00 ) = 457,033.7 + (38,537.62)8.5% = RM491,921.40


RM 491,921.40...!!!

Perokok menghabiskan RM 491,921.40...!!!

Kalau perokok mula menghisap rokok sekotak sehari untuk rokok yang berharga RM 10 sekotak bermula dari umur 25 tahun, by the time dia pencen umur 55 tahun dia telah membakar RM 491,921.40..!!! Hampir setengah juta tu..!!, itu kalau kira harga rokok RM10 sekotak dan dividen 8.5% setahun.. tak masuk kira kalau ada kenaikan harga rokok lagi.. dan tak termasuk kalau ada investment yang bole bagi pulangan 10%. Apa yang boleh anda buat dengan RM 491,921.40... boleh beli rumah, boleh bercuti kesana-sini, boleh beli kereta best, boleh beli macam-macam tu..

Jangan lupa ada beberapa harga lagi yang perlu dibayar:
  • harga untuk merawat sakit kalau dapat sakit akibat merokok..
  • harga kesedihan ahli keluarga yang risaukan perokok semasa sakit
  • harga parking ticket untuk kengkawan yang melawat kat hospital nanti
  • dan lain-lain harga lagi


kalau itu harga yang dibayar oleh seorang perokok.. bayangkan pulak hasil yang diperolehi oleh syarikat rokok yang telah menjual kepada berjuta orang perokok. ha..ha..ha.. KAYA..KAYA....

perokok kaya mengeluarkan duit dan syarikat rokok lagi kaya dapatkan duit.... ha..ha..ha..(gelak jahat)

Yaa... Perokok memang kaya kan..? untuk orang macam aku yang tak berapa kaya ni kenalah awal-awal berenti merokok sebelum kena bayar sekalian harga dan kerugian itu... hu..hu..hu..

p/s: kepada kengkawan dan bukan kengkawan yang merokok yang terbaca nukilan aku ni jangan amik hati ye.. sekadar berkongsi kira-kira.. ya..

sekian

adios..

Wednesday, October 26, 2011

Menceburi Bidang Baru


Assalamualaikum...

Dalam nak menambahkan portfolio business & income, aku baru-baru ni membuat keputusan untuk menceburi satu bidang baru, iaitu real estate agency, sebelum ni memang aku dah menceburi bideng hartanah sebagai pelabur kecil-kecilan maklumlah baru beginner, dan aku rasa untuk menambahkan pengetahuan aku dalam bidang hartanah ni aku rasa mendaftar sebagai real estate agent/negotiator. Harapnya disamping dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman aku juga dapat membantu bakal-bakal client aku yang nak menjual, menyewa mahupun membeli hartanah, samaada client nak beli untuk diri sendiri ataupun untuk pelaburan.

So.. diharapkan aku akan dapat menimba pengalaman baru dalam bidang ni.

P/s: kepada sesiapa yang memerlukan khidmat Real Estate Negotiator sila hubungi saya:
Helmy 019-2094429, registered Real Estate Negotiator, Chester Properties Sdn Bhd (Hartamas)

maklumat senarai hartanah di

Thank you...

Sunday, October 23, 2011

UPM, oleh saya jatuh cinta dengan awak..?

Sekarang ni tengah berlangsung ekspo pertanian & pesta konvokesyen 2011 di UPM from 14-19 October 2011.. Aku ni walaupun pernah ke UPM sebelum ni tapi taklah pernah datang ke pesta konvo.. atau ke bukit expo.. My first impression.. Cantiknya UPM...Sangat-sangat WOW..!! satu tempat yang sangat nyaman dan menenangkan.. especially dengan adanya tasik-tasik yang mendamaikan.. tersentuh hati aku... i wish i could have one of your tasik. Cantik gila..

Taman-taman dan tapak tanaman buah-buahan juga sangat cantik dan berjaga.. sampai aku pun tak perasan pokok-pokok yang aku lihat tu sebenarnya adalah pokok rambutan, cempedak, duku dan durian... kalau satu hari nanti aku ada dusun buah, aku nak buat macam dusun kat UPM..

Berkenaan dengan student-student UPM pulak... TWO THUMBS UP..!! awak semua sangat sporting.. baik dan mesra alam.. takdela yang sampai ramah sangat & tegur aku tak pasal-pasal.. tapi dilihat kepada program-program yang dianjurkan sepanjang pesta konvo ni penglibatan pelajar nampak memberansangkan. Pagi tadi masa aku tengah tengok bebudak main paintball..(aku pun teringin nak main sebenarnya tapi malu ngan takde geng) ada one group of students yang bawak plastik sampah & kutip sampah dan tengok dalam tong sampah kalau ada recycle waste yang diorang boleh ambik & recycle.. wahh.. hebat..!! bangga aku tengok ada budak muda yang buat macam tu.. lepas tu ada pulak group yang satu lagi passkan flyers promote environmental friendly message "henti guna polisterin" beserta dengan fakta-fakta..Flyers kempen henti guna polistrin DOUBLE WAHH..!! untuk korang semua.. sepanjang tiga hari aku berniaga kat sini, walaupun penat, tapi banyak juga yang aku pelajari dengan korang walaupun secara indirectly.. sebetulnya aku( actually my wife) ada bukak tapak di pesta convo UPM.. tahun ni baru nak cuba-cuba involve dengan booth convo.. Program korang memang best.. yang datang ke booth aku pun memang BEST-BEST belaka.. siap ajak kawan-kawan lagi.. terima kasih ye.. tak sia-sia aku pasang lampu lip lap & khemah extra (untuk halang hujan dari kena baju & handbag yang aku jual) walaupun hujan semalam & hari ni.. tapi korang tetap memberi sokongan program korang tahniah.. (kalau tengah jalan-jalan tu hujan, atau panas terik jemputlah berteduh kat khemah kitorang - yang ada bunting tulis Elyzzmode warna pink..) Tapak kitorang

Tentang Ekspo Pertanian & Pesta Konvo... MARVELOUS.. walaupun terlalu awal untuk aku puji.. sebab masih ada tiga hari lagi untuk habis pesta Konvo.. tapi pada aku, pesta konvo UPM memang BESSSTTTT BANGATTT...!! Berkalung-kalung tahniah untuk UPM, Penganjur Program, KLfm, KEPERTAMA dan yang lain-lain (aku tak sure sapa lagi yang terlibat - aku berniaga je kat sini).. Program yang dilaksanakan memang menarik & TERBAEKK.. Mula-mula aku ingat tapak kat padang akan leceh masa hujan tapi Alhamdulillah.. tak lah begitu teruk.. malahan kat sini siap ada playground.. & picnic table + macam wakaf kot kat sebelah playground tu.. nak bawak anak-anak pun senang.. bestt..

Concert gegar.. BestTadi ada konsert KLfm GEGAR biar betul UPM.. untuk aku yang jarang (or tak pernah) pergi konsert ni memang rasa best sangat la konsert tu.. walau pun mimie one nation Emcee berikan move yang terbaik masa nyanyi atau pun masa Adam AF + VIP berlompatan di atas pentas.. semua yang ada enjoy dengan tertib.. tade la sampai terkinja-kinja tak tentu hala lagi pun.. pakcik-pakcik, makcik-makcik pun ada turut sama di padang tu.. bebudak kecik pun enjoy kat padang yang luas tu.. memang BEST..

kepada UPM Tahniah, kepada UPMian anda memang SPORTING dan BEST... dah malam ni nak tido kroh..kroh..

nukilan ikhlas peribadi

Tuesday, October 4, 2011

KEPALA HOTAK KO BERJAMBUL...!!

Saja nak buat tajuk ni.. tetiba teringat perkataan yang agak selalu digunakan masa bebudak dulu.. especially masa marahla.. tapi masa bergurau ada gak digunakan perkataan ni.. he..he.. macam kasar la pulak...

tapi skang kalo marah pun cakap dalam hati aje la.. kan dah besar.. cabaran seharian mamang banyak.. cabaran dalam berniaga pun banyak.. sebelum cakap KEPALA HOTAK KO BERJAMBUL...!! pada orang lain tanya pada diri sendiri dulu... berjambul tak kepala hotak aku ni.. jangan nak asyik salahkan orang lain je.. kan...

kalo aku terer tak perlu salahkan orang lain sebab.. bila dah terer kita akan cari cara supaya orang tak buat salah pada kita... iyeke... merapu je.. pasal lama tak update blog..

he..he..

chau..

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya, & Selamat Hari Merdeka

Assalamualaikum...
Pada yang terjengah blog aku ni aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Merdeka.. di harap kita semua dapat menyambut Aidilfitri dengan suasana yang baik, harmoni dan muhibbah..


Simpati dan Al-Fatihah juga kepada arwah Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban ketika manjalankan tugas di Somalia.. Takziah kepada keluarga beliau..

Statistik kemalangan jalan raya juga meningkat pada tahun ini.. semoga kalian yang memandu berhati-hati di jalan Raya


Cerita aku di Aidilfitri
Raya pertama pagi tu kat rumah Parents kat Putrajaya.. salam ngan mak & abah, then gerak ke masjid.. balik dari masjid sessi makan-makan lepas tu gerak ke rumah Parents in-law pulak.. (nasib baik rumah both parents dekat je. Putrajaya-Subang).. cover rumah dua pak sedara wife & Atuk sedara wife.. lepas selesai balik semula ke Putrajaya..

Raya kedua baru aku balik ke Muar Johor.. anak-anak aku memang dah tak sabar nak balik kampung.. terus ke rumah Pakcik, mak cik kat bukit tereh.. beraya sana, lepas tu ke rumah homestay kat muar tu.. siap-siap then kerumah pakcik aku kat persisiran perdana.. Ni pak cik aku yang menguruskan homestay terbaik di Muar.. (nanti aku cerita pasal homestay ni..)
lepak punya lepak sampaila ke pukul sebelas malam. Ingat nak gi ke rumah Mak Usu & Pak Usu aku kat Parit Bunga tapi pikir-pikir dah agak lewat.. so besok ajela kot..

Raya ketiga: biasanya pada rasa ketiga memang ada kira macam re-unionla among adik beradk belah mak aku sambil buat Tahlil kat rumah pak tam aku kat kampung Parit Keroma. Sebelum ke Tahlil tu kitorang singgah ke kubur datuk & nenek aku..(dah lama tak singgah) pastu baru gi tahlil + makan-makan. Ramai gak la.. aku agak ada la dalam seratus ada kot campur cucu cicit lagi.. makan..??. hmmmm... memang terbaek.. mee bandung muar, nasi beriyani dan sate muar.. serta air sirap bandung.. memang terangkat.. dah boleh panggil jalan-jalan cari makan..

Lepas abis tahlil kitorang gerak ke kampung parit bunga.. singgah ke kubur datuk & nenek aku sebelah abah pulak.. then ke rumah arwah datuk & nenek.. .. skang pak usu ngan mak usu aku duduk kat sini... Pak Usu ngan mak usu aku ni berniaga kedai makan.. lauk asam pedas terbaik kat muar.. nanti aku cerita pasal kedai mak usu mak usu aku ni. Kebetulan masa aku sampai kat Parit Bunga ni diorang tengah tunggu majlis Marhaban... Anak sulung aku bukan main excited lagi dapat jumpa orang & join Marhaban sekali.. new experience dia.. kat sini.. makan lagi wehh.. kena pulak rambutan tengah musim.. layan rambutan sekali... yumm.yumm.. lepas tu singgah rumah pak uda aku.. rumah tok long seman.. kalau ikutkan mak long aku nak turun ke parit bunga dari JB, tapi group diorang mengalami masalah tersalah makan.. semua sakit perut.. keluarga diorang besar.. kalau semua turun maunya 7-8 bijik kereta.. tapi diorang tak jadi nak datang..

singgah ke rumah pak uda belah bini pulak kat taman tun syed nasir.. dalam kul 9 lebih kitorang gerak balik ke KL..

Monday, August 22, 2011

Steps nak selesaikan masalah..

Cuma nak refresh balik apa yang pernah belajar dulu.. Step dalam menyelesaikan masalah. Saja je nak buat panduan sendiri.. Disamping share ngan korang..

There are seven main steps to follow when trying to solve a problem. These steps are as follows:
1. Define and Identify the Problem
2. Analyze the Problem
3. Identifying Possible Solutions
4. Selecting the Best Solutions
5. Evaluating Solutions
6. Develop an Action Plan
7. Implement the Solution

So.. Bukan apa.. Kengkadang kita perasan dalam satu-satu benda yang kita buat ada masa kita berhadapan dengan masalah tapi nak selesaikan tu tak bersistematic.. Jadi step kat atas tu sekadar panduan ajela.. Kalau hadapi masalah tak tau nak berbuka apa tak payahla nak ikkut step tu.. Tepuk perut tanya selera.. Kan?? BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Menyambut Ramadan & payment released

Salam ramadan semua.. semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik.. dah masuk minggu kedua baru nak cerita pasal ramadan.. apa yang aku nak cerita pasal ramadan...???

.....

aku pun tak tak tau...

Apartment Bunga Negara
Medium cost apartment
Ni nak cerita pasal property yang aku beli kat seksyen 27 Shah Alam pulak, Bank dah released 2nd payment.. so bermakna rumah tu aku dah officially boleh amik kunci & cari penyewa... tapi rate sewa kat tempat tu taklah tinggi kira bolehla nak cover bank.. Alhamdulillah.. nanti dau setahun dua nati aku increasela sikit kalau boleh... sekiranya market rental rate naik.. dan another good news is dah ada penyewa nak sewa situ under company contract.. kira dah agak senang la kerja aku.. takyah nak susah-susah cari penyewa lagi..

so.. aku tengah tunggu lagi satu apartment.. dekat taman equine.. tengah tunggu approval SUK.. hopefully everything ok.. harap dengan pertambahan kedua-dua portfolio investment ni dapat meningkatkan pengalaman property investment aku... di sampaing yelah.. of course aku nak return on investment aku..

tahun ni ada few lagi target yang aku nak kejar.. kalau ikutkan agak payah gak.. tapi.. dalam dunia ni apa benda yang tak susahkan??


Monday, July 25, 2011

Its My Birthday...

Eh.. dah birthday aku dah untuk tahun 2011 ni.. bermakna umo aku dah meningkat.. ke.. __ bolehla.. tak la tua sangat.. kira-kira tengah-tengah di antara remaja dan dewasa... he..he..he...

celebrate.. hmm tak dela celebrate.. aku pun bukan jenis biasa celebrate birthday ni..tapi wife aku ada bagi kek pagi tu.. sweet.. :)


Hadiah.. ada.. wife aku ada bagi...

tapi pada aku apa yang aku dah ada sudah lebih dari cukup sebagai hadiah dan celebrate... aku dah ada wife yang lovely, understanding, supportive and comforting... aku ada dua anak-anak yang comel (3 tahun lebih & 1 tahun setengah ).. sentiasa menceriakan walaupun skang diorang ni susah jugak nak dengar cakap.. tapi diorang baik.. dan diharap mereka akan menjadi anak-anak yang soleh dan taat kepada ibu abah..

Walaupun berbusiness ni taklah mudah tapi aku sangat bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang.. dan aku anggap apa yang aku capai dalam business pun sebagai hadiah birthday.. walaupun business aku ni ciput je.. tak memampukan aku membeli BMW x6.. ataupun rumah bungalow berkolam renang di kawasan Hartamas, Bangsar ataupun TTDI.. tapi kira aku bolehla nak hidup jugak dengan cara dan jalan business ni... dapat masa lebih sikit untuk keluarga.

BMW x6 idaman

Gambar hiasan

Jadi kesimpulannya.. apa yang aku ada sekarang ni sudah merupakan hadiah terbaik untuk birthday aku tahun ni.. terima kasih untuk doa dari ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga dan kawan-kawan dan semoga.. kehidupan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang..



"It is not how old you are, but how you are old.."


ok adios dulu..

Thursday, July 14, 2011

Resah....

hhiissshhhh... makin resah aku ni skang.. especially bila tengok iklan dari canon nih... aku ni lately agak terpengaruh ngan kengkawan yang pakai dslr camera.. gatal je kaki nak masuk kedai jual dslr.. gatal je tangan nak buat withdrawal kat atm keluarkan duit beli camera tu..

inilah iklan yang meresahkan aku..

aku nih terimala kalu korang nak cakap aku ni kedekut pahit.. pasal susah nak keluar duit untuk membeli.. bukan apa, biasa kalau aku beli barang yang harga agak mahal ni.. biasanya aku persoalkan balik pada diri sendiri.." menguntungkan aku ke kalau aku beli?".. jadi pada orang yang perasan.. baik kengkawan atau keluarga atau sedara mara.. mereka nampak yang aku nih taklah bermewah-mewah sangat.. walaupun jam tangan tag heuer, he..he.. baju gorgio armani.. lugage bag Mont Blanc tapi semua tu nothing... (bunyi macam belagak gila tu siooottt..) pasal semua tu aku beli kat china.. murah.. rupa sama je.. he..he..

Jadi nak cerita pasal beli camera ni aku kena pikirkan apa yang aku bole buat lepas aku beli camera nih.. hmmm... kalau beli nak buat duit balik memang la tak dapek kot.. pasal aku bukan la photographer pro.. walaupun creativity tu ada.. dan lebih malang lagi kalau aku beli beri-ria lepas tu guna masa mula-mula beli aje.. lepas tu terbiar dalam setor.. huh.. lagila rugi.. jadi.. kesimpulanya.. lepak la dulu.. bagi masa sikit..

Wednesday, July 13, 2011

Tambah sos dan air dia..

hu..hu.. tajuk macam selebet je kan... saja eja kan dalam bunyik ejaan Melayu.. nak menguji apa yang korang pikir masa baca.. korang je tau apa yang korang pikir sendiri.. so..ko pikirla sendiri..
aku maksudkan "tambah source dan idea"....


hmmm... business is about so many things.. one of the thing is; taking high self initiative... kalo dah buat business ni.. most of the time semua kita kena pikirkan sendiri dan ambik action.. takde orang nak bagitau apa nak buat.. kena pikir.. kena kuat dan buat.. yang part buat tu bukan bermakna buat sendiri.. kalau ada man power kena la delegate supaya orang lain buat apa yang ko pikirkan.. kalo takde haa.. ko buat la sendiri atas initiative sendiri.. kalo bab nak apa yang nak dibuat kita tak tak tau... hmmm.. masalah... bab ni bukan aku nak mengatakan pasal orang lain tapi aku sendiri.. kadang-kadang kita terbuntu apa yang nak dibuat.. kalo ada masalah kat mana nak betulkan dan sebagainya..
SOURCE

skang aku tengah cuba menambahkan portfolio business experiment yang dah kategory boleh buat duit.. mana-mana yang dah boleh buat duit tu.. multiplykan dia dengan cara yang sama atau cara yang lebih baik.. contohnya.. aku bukak butik handbag, after a while business tu making money.. apa yang aku perlu buat next ialah kumpul balik modal cara macamana aku bukak butik handbag aku bukak la cawangan baru.. base pada apa yang aku dah belajar masa bukak butik yang pertama tu aku identify masalah dan mana-mana ruang yang aku boleh perbaiki untuk butik yang berikutnya...

secara ceritanya macam tulah nak kembangkan business atau sos of income aku... tapi along the process tu akan ada benda-benda baru yang boleh kita pelajari.. jadi learning is a lifetime process..
IDEA

itu bab sos (source) bab idea.. hmmm.. try cari banyak-banyak idea... then tulis ke dalam buku idea.. kalau tak tulis kita lupa nanti.. especially aku ni memang pelupa orangnya.. tapi no akaun bank aku semua aku ingat tau... bila senang belek balik buku tu.. hmmm kalau pada masa tertentu kita boleh eksperimenkan kita cuba buat dan lihat hasil experimen business kita tu.. menjadik tak..

dah..dah.. tido..tido..

kroh..kroh..

Monday, July 11, 2011

I am not young anymore

Hentah kenapa lately aku tersuka dengan lagu ni pulak.. nak shuffle haram tak reti.. dah reput pun tulang.. layan video clip aje la..


shuffle sikit-sikit.. dah macam ulat nangka.. hu..hu..hu..

Wednesday, July 6, 2011

Ada ke orang baca blog aku ni..

Dengan tak malunya aku pun menanyakan soalan ini.. hi..hi..hi.. bukan apa.. aku tengok-tengok orang-orang punya blog sampai ada followers, stat counter, reply yang banyak.. hmm wondering gak aku.. aku ni takdela nak orang baca aku punya blog pun.. update pun jarang-jarang.. topic yang aku bicarakan pun bukan lah perkara-perkara yang menarik.. tak de apa-apa fokus pun.. sesetengah orang rajin cerita pasal hartanah.. macam dekat list sebelah kanan blog aku tu.. korang tengok la sendiri.. ada yang minat cerita personal life diorang.. ada yang cerita pasal perniagaan diorang.. hmmm aku pun memang rajin gak baca blog-blog diorang tu..

untuk diri aku sendiri blog aku ni cukupla untuk diri aku sendiri.. kat sini aku boleh baca sendiri cerita aku balik.. perkembangan diri sendiri.. cepat atau lambat aku bergerak.. keadaan business yang aku jalankan.. keberhasilan atau ke takjadian pada business experiment aku dan sebagainya..

dan juga..
bila anak-anak aku dah pandai baca nanti.. tak banyak sikit dapatla diorang baca dan tahu perjalanan hidup abah diorang masa muda-muda.. kan..

cun gambar sesibu kat atas ni (gambar hiasan)
he..he.. dan lagi satu aku memang tak gunakan nama sebenar aku kat sini.. saja je guna sesibu..satu sebab aku ni memang reserved sikit orangnya + pemalu... (hi..hi.. macam anak dara mengada la pulak) dan sebab aku rasa.. nama sesibu tu kena kot... apa yang aku ada dan aku kongsikan.. samaada cerita ke.. pengalaman ke.. ilmu ke.. semuanya sikit-sikit je... bercuit cuit je.. macam sesibu mencuit-cuit air kat sungai tu.. air sungai tu punya banyak yang dapat dicuit, sikit-sikitttt je..

and hopefully one day a dragonfly will be a flying dragon..

bole ke aku guna analogy macam tu... kira boleh la.. blog aku pun.. sekati aku la..


Wednesday, June 29, 2011

Menebas jalan bersemak

Terkial-kial.. terhegeh-hegeh aku nak menebas jalan-jalan yang bersemak.. hutan yang berselerak.. semoga jalan yang ku tebas ni bisa akan menjadi denai..mudah untuk ku lalu dengan basikal.. kemudian menjadi lorong untuk ku lalu dengan motosikal...hinggalah menjadi lebuhraya satu hari nanti untuk dilalui dengan sports car atau BMW X6.. tapi jalan yang ku tebas hari ini di harapkan dapat dilalui dengan selesa oleh yang bakal memandu kemudian.. kerana.. jalan yang ku tebas ini juga tak selamanya ku lalui... untuk sesetengah mereka, jalannya sudah awal ditebas .. namun tetap bukan mudah.. tugas untuk menjaga jalan dan memandu serta menaiktaraf jalan itu kepada lebuhraya tetap terpikul.. kerna jalan yang baik juga bisa kelobangan kalau tak dijaga.. semak juga boleh tumbuh kembali.. hutan juga boleh melata... Jalan yang ku tebas itu adalah jalan perniagaan.. kaum lain dah lama tebas jalan yang bersemak supaya anak-anak mereka nanti dah tersedia untuk mereka teruskan perjalanan.. dari generasi ke generasi jalan itu semakin besar.. dan sekarang banyak mereka yang dah jalan atas highway dengan kereta besar yang mana dulunya hanya denai yang ditebas oleh tuk nenek mereka.


ehhh.. dah dekat kul 1.00am patut la aku merapek tak tentu hala.. dah..tido..tido..

Monday, June 27, 2011

Kat mana dah aku ni..?

Huarghhhh.... dan hujung bulan Jun.. tengok sikit kat mana progress aku nih.. hmmm... pasal investment dulu:

portfolio investment
  • Unipark condo Ikram; status - disewakan & +ve cash flow
  • Vista komanwel bukit jalil; status - sendiri duduk dulu
  • Apartment bunga negara section 27 Shah Alam; status - loan dah approve, 1st reinbursement dah buat.. tunggu next reinbursement & cari penyewa.
  • Apartment Ruselia Equine park seri kembangan; loan dah approve, tunggu approval SUK Selangor pasal rumah low cost
Portfolio Business
  • H&F Global Trading (M) Sdn Bhd: Jalan macam biasa.. Alhamdulillah last two month business ada pick-up sikit.
  • Elyzzmode Dot Com: jalan macam biasa, cuma online sales ada selow sikit
  • Elyzzmode Flair (Pretty Flair Boutique): jalan macam biasa
  • Business trip to China: tahun ni aku plan buat mungkin dalam bulan november.. sapa-sapa yang minat bole prebook dulu..
New business (new experiment)
  • Sewa Wira; Status - running & still experimenting hopefully everything ok
  • Sewa Naza; Status - running & still experimenting most of the time memang pakai sendiri, sapa berminat nak sewa harga dalam rm 250.00 per day (minimum 2 hari)
  • Elyzzgifts; newly setup not even register yet.. kalau ada sapa-sapa yang nak buat gifts, either wedding gifts atau corporate gifts dengan harga murah by order silalah ke www.elyzzgifts.blogspot.com

Perjalanan business ni tak sepanjang masa lancar.. ada masa naik, ada masa turun, ada masa jalan lurus, ada masa jalan bengkok ada jalan cantik, ada jalan banyak lopak.. untuk diri aku dan kengkawan yang berniaga.. semoga sentiasa tabah dan cekal hati dalam melangkah dalam dunia perniagaan... ada usaha InsyaAllah kita akan berjaya..

Sunday, May 15, 2011

Life is so fragile

dalam masa seminggu ni 4 berita kematian yang aku terima..

1: Bapa kepada sahabat
2: Sahabat sendiri yang rapat masa matriks & tahun pertama aku kat uni,
3: Ibu kepada seorang kenalan (kawan wife aku)
4: seorang lagi rakan yang juga agak rapat masa aku kat matrik dulu.

Alfatihah untuk mereka, semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

-amin-

Monday, April 18, 2011

Banyak benda boleh belajar

Ting tong, ting tong dah dekat dua bulan aku tak update blog.. biasala kalao dah nama pemalas tu.. tak yah nak bagi alasan-alasan lain, sibukla itu la ini la..

hari tu aku ada cerita pasal beginner yang merangkak, pasal pelaburan dalam property.. untuk pembelian rumah yang ke-3 dan seterusnya pembiayaan adalah sebanyak 70% sahaja.. dalam kes aku ni kira Alhamdulillah.. bulan febuari hari tu dah approve 1 rumah seksyen 27 shah alam & last week jumaat dapat call satu lagi application aku approve untuk apartment kat equine park seri kembangan (tapi surat belom sampai lagi.. suspen gak.. diaorang kata minggu ni). Harap-harap ok, pasal semua rumah ni aku beli below market & rental return pun quite ok.. err.. beginner yang merangkak ye.. belom banyak sangat propertynya dan incomenya..

kira dalam aspect property ni aku dah menambah beberapa portfolio la kiranya, Alhamdullillah..

lepas ni kena buat income restructuring lepas tu kene kasi track record clean dengan bank & LHDN, supaya future invesment kita nanti akan lebih teratur & smooth.. banyak aku belajar dalam proses nak dapatkan property ni.. yelah.. bidangnya bukanlah baru sangat pada aku tapi kalau tak selalu buat memangla ada masa tersangkut-sangkut.

Bab lain pulak

Hari tu aku pergi ke Guang Zhou China, memang dua tiga bulan sekali aku pi sana amik stok barang. kali ni aku pergi berempat, me, my wife and my two brothers.. masing-masing ada tugas memasing bagi menjimatkan masa.. aku & wife cari stok baju, manakala my brothers cari stok beg.

masa pergi tu dah nak masuk musim bunga, jadi banyk bebunga sakura mekar di kiri kanan jalan.. cantik woo.. very nice.. cuaca pun tak la sejuk sangat.. sangat selesa.. so far semuanya berjalan lancar.. cuma bab packing tu memang penatla sikit.. kat sini kalau pandai berniaga mamang banyak peluang-peluang yang terbuka luas, aku ni bukan kategori pandai berniaga.. aku kategori merangkak lagi.. tapi setaip kali aku datang sini aku akan dapat beberapa idea baru yang aku rasa boleh kalo nak di eksperimentkan pada masa akan datang.. tapi biasa kalau cakap pasal idea ni aku ada ulasan tersendiri.

Tuesday, March 29, 2011

APA..??!! Hang tak tau mana nak bawak bini hang bershopping..??

Hmmm.. inilah masalahnya.. pompuan ni kalo nak membeli barang kalou nak dibawakkan ke Alamanda ke, KLCC ke, Mid Valley ke, Sunway Pyramid ke.. bukan tak nak sebenarnya tapi.. leceh.. nak parking susah.. kang dah sampai kang nak merayau-rayau lagi cari barang, weekend tau-tau je la.. orang ramai tu.. nak pegang anak lagi.. nak mengikut bini beli barang lagi.. kang nampak yang lain nak dibeli jugak.. harga.. kalau murah macam kat butik Elyzzmode & pretty Flair kat Bangi tu takpe la jugak.. barang pun bagus-bagus.. ehh.. terpromote pulak..

bukan apa.. nak pergi shopping kompleks yang besar-besar tu memang best.. especially kalo nak nengok wayang, main bowling or memang nak bersantai jalan-jalan.. tapi untuk membeli baju atau beg untuk bini.. rasa macam..... hmm taktau la nak cakap apa, kadang-kadang rasa macam tak sesuai harganya dengan rekabentuk+kualiti barangnya.. dah tu bini nak test baju kene tunggu la pulak.. maklumlah orang ramai.. pergi time weekend..

jadi aku cadangkan kalo nak beli baju, handbag & accessories korang pergi je butik Elyzzmode & Pretty Flair.. kalau pasal parking kat depan kedai memang kadang-kadang penuh.. tapi kat area kedai ni (Diamond Compleks, Bandar Baru Bangi) ada shaded ground parking... FREE lagi.. then kat keliling area ni pun macam-macam barang keperluan lain pun ada.. Mc Donald pun dekat, ada mini playground lagi.. so para bapa/lelaki sementara nak menunggu bini memilih baju atau hand bag, bolehla nak lepak kat McDonald sambil meluangkan masa berasam anak-anak.. kan ke bagus tu.. Takdela si suami masam muka masa bini nak membeli belah..


ELYZZMODE; Handbag's Boutique

Kalau bini.. bising-bising asyik pakai handbag sama je, korang boleh datang ke Elyzzmode, kat sini macam-macam beg ada jual, yang banyaknya Handbag.. tapi kalo nak backpack, notebook bag, purse pun ada.. rupa chanteq-chanteq dan qualiti pun pada aku bagus.. kalau dibandingkan dengan harga kiranya menang membeli & menang memakai. Kalau para suami nak temankan bini bershopping, kat sini ada disediakan tempat duduk & ada majalah lagi untuk dibaca (sambil-sambil mengusha gambar lisa surihani yang cute tu dalam majalah remaja.. opss).. pada yang rajin berjalan tu.. beg lugage pun ada..


Pretty Flair Boutique

Haa.. untuk pakaian pulak korang jangan expect butik ni jual baju kurung je ye.. kat sini baju yang dijual agak modern sopan la.. bergantung kepada si pemakainya.. mix and match ikut kesesuaian.. dari segi size varies.. dari segi harga.. sannggggaattt berpatutan.. dari segi fashion upto date.. dimaklumkan yang owner butik ni memang amik direct & terus dari sumber.. jadi kalau ada new fashion update, kebarangkalian tinggi akan sampai ke butik ni awal.. kalau kat area Bangi ni agak susah juga nak cari bebaju yang macam kat butik ni.. tempat fitting room pun selesa & privasi.. kalau ke sini boleh ajak kengkawan ke fitting room yang besar ni sambil memberi komen professional mereka semasa mencuba pakaian.. hmm best kan..?? cermin pun besar..

ok la dah panjang lebar pulak aku buat karangan ni.. dah macam membebel pulak..


alamatnya:

607 & 507, Ground Floor, Kompleks Diamond,

Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi

(Behind Warta and the same row as McDonalds)

Adios amigos, grasias senor

Sunday, February 27, 2011

Air, Paip Air dan Tangki Air....

mari kita bayangkan.. wang sebagai air.. aku rasa ramai je anggap duit ni macam air.. laju je duit keluar, macam air keluar dari paip...

oleh itu....


untuk mendapatkan banyak air kita perlukan tangki air dan kita alirkan air melalui paip ke dalam tangki itu... dari masa ke semasa air dalam tangki tu akan meningkat.. dan dalam masa yang sama kita pun ada menggunakan air untuk keperluan harian.. betull..?? takkan simpan aje tak gunakan langsung.. jadi gunakan secara berhemah supaya kita boleh menyimpan air..

bila air masuk dan air yang kita guna sama banyak, itu yang kita jadi tak menyimpan air.. masa nak pakai buat kenduri ke, masa kecemasan ke, masa cirit-birit ke, kan ke susah kalau tak ada air..

bila kita menyimpan air, dari masa ke semasa air tu akan bertambah, jadi kita ada bannyyaakk la jugak air untuk kegunaan masa depan.. tapi untuk mempercepatkan lagi air dalam tangki tu penuh kita kena dapatkan multiple sources of paip air.. jadi dengan menambah paip sumber air itu kadar simpanan air dalam tangki pun lebih cepat meningkat.. dan air pula kita gunakan pada kadar keperluan, kalau perlu keluarkan air pun seberapa boleh dengan tujuan untuk menambahkan bilangan paip air.. contohnya kita jual air tu untuk membeli paip baru, supaya simpanan air kita bertambah..


konsep air, paip air & tangki air ni aku aplikasikan dalam hal-hal pengurusan keewangan aku.


amacam..?? boleh terima ke konsep di atas..

-chau-

Monday, February 7, 2011

Beginner yang merangkak


Skang ni kalo cerita pasal rumah ramai yang mengeluh rasanya berkenaan arahan BNM mensyaratkan hanya 70% dibenarkan untuk pembiayaan rumah ke-tiga dan seterusnya..

Sekadar hiasan

Rumah buat pelaburan... bukan bermaksud aku ni banyak rumah.. tapi syarat tu aku rasa agak membataskan langkah aku selaku beginner untuk melibatkan diri dengan rancak dalam arena property ni.. aku yakin ramai kengkawan kita yang dah lama berkecimpung dalam permainan property sempat dapat kumpul banyak rumah dengan pembiayaan 90%.. rezeki diorang..

bukan tak boleh kalo nak main dengan funding 70%, cuma kalau kita buat investment modal yang diperlukan adalah lebih besar berbanding dengan funding 90%..

tapi kalau ada semangat, ada keinginan boleh je... carila jalan macamana pun kan..??

ni aku dok tengah tunggu properties dalam proses.. tak semuanya straight foward.. but hopefully semuanya ok dan berjalan lancar..
jalan nak senang ni bukannya senang, bukannya pasti, bukannya satu jalan, bukannya clear macam highway baru siap (dan tak jem).... tapi kalau ada usaha, hasilnya Insya'Allah berbuah..


-amin-

Thursday, February 3, 2011

Kita sentiasa berkembang..?

Tengah hari tadi aku pergi ke satu kedai mamak belakang warta bangi.. Ada keje sket kat butik.. Kedai mamak ni baru je di renovate, cantik.. Hmm bertambah maju restorant ni.. Aku order naai goreng kampung 2 bungkus..

Sementara tunggu aku, dok pikir, pada norma kehidupan aku rasa semua benda berkembang, manusia lahir dari kecik menjadi besar, pikiran manusia daripada tak tau apa-apa jadi berpengetahuan.. Teknologi berkembang.. Manusia dari seorang, berkahwin jadi berdua, beranak jadi bertambah lagi manusia.. Budak masuk sekolah meningkat dari darjah satu sampai ke tingkatan lima, lepas tu ke universiti dan sebagainya.. Dah kerja mula-mula kereta kecik pastu naik gaji, berkembang ke kereta besar, rumah besar, bini besar...

Jadi..

Secara normalnya aku lihat semua aspek kehidupan umumnya berkembang.. Cuma kadar perkembangan dan jangkamasa yang membezakan dari seorang dan orang yang lain.. Kalau lebih usaha seseorang itu untuk berkembang maka biasanya lebih cepatlah dia berkembang..

Jadi aku rasala.. Kalau kita nak buat apa-apa pun , bilamana kita terasa mungkin apa yang kita nak buat tu mungkin tak menjadi.. Kita teruskan aje.. Sebab aku rasa apa-apa benda baik yang kita nak buat.. Baik berniaga ke (aku sebenarnya lebih tengok pada aspek berniaga).. Tukar kerja ke.. Menuntut ilmu ke.. Nak pergi masjid ke.. Call member ke.. Bukak akaun asb ke.. Cari kawan baru ke.. Attend seminar ke.. Atau apa-apa jugalah.. Semuanya ada potensi yang besar untuk berkembang dan berjaya..

Dan aku rasa kebarangkalian untuk berkembang dan berjaya sebenarnya lebih banyak daripada kebarangkalian untuk gagal.. Jadi jangan risau..

Waktu aku tulis ni pun dah pukul 4:30 am, jadi maafkan aku lah kalau ayat aku di atas ni merapek meraban..

Sekian
wassalam.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 2, 2011

Apa itu kejayaan...?

Aku pun tak tau apa itu kejayaan ... korang bagitau aku.. lepas aku baca blog member aku nih tajuk dia "kejayaan itu subjektif" aku pun agak tertanya-tanya apa itu kejayaan.. sebenarnya selalu pun aku terpikirkan soalan ni.. cuma kali nia aku nak lontarkan ke dalam blog aku..

bila agaknya korang akan cakap "ya.. aku dah berjaya"... terpulangla sama ada cakap dalam hati je ke atau cakap kuat-kuat..

bila mana masa kecik-kecik dulu kita belajar rajin-rajin dan dapat keputusan UPSR cemerlang.. kita dah berjaya??

bila kita dapat keputusan SPM yang baik dan dapat masuk university.. kita dah berjaya??

bila kita dah dapat apa kerja yang kita nak ... kita dah berjaya..??

bila kita dah kawen kita dah berjaya..??


hmmm... nampak macam kejayaan ni kena sentiasa berterusan.. selepas satu kejayaan.. kita cuba capai satu lagi kejayaan.. jadi dalam tempoh nak mencapai dari satu kejayaan ke satu kejayaan yang lain, sudah tentu banyak cabarannya..

jadi mungkin pada sesetengah kita terhenti pada satu tahap kejayaan dan terlalu gembira sehingga lupa nak kejar kejayaan yang berikutnya.. contoh macam kita dah berjaya dapat keputusan baik dalam SPM dan masuk universiti dan kita pun berkata pada diri sendiri " ya.. aku dah berjaya".. lepas tu kita hu..ha..hu..ha.. tak berusaha untuk dapat keputusan yang baik.. akhirnya tak jadi berjaya juga.. tapi jalan untuk berjaya sentiasa terbuka kan...?? kalau dah terkantoi kat university.. kita sedar cepat dan kita usaha lagi dengan lebih baik, mungkin masuk kolej atau universiti lain.. atau mungkin cuba belajar dan bekerja dengan dengan gigih.. ataupun berniaga.. mungkin kita juga akan jumpa kejayaan yang lain.. mungkin kejayaan yang tak sama dengan kengkawan sebaya kita tapi... mana ada orang yang sama pun level kejayaannya..

kejayaan itu objektif .... dan subjektif...

Anyway, aku bukanlah orang yang betul nak bercerita tentang kejayaan, pasal banyak lagi kejayaan yang belum aku capai.. dan aku semakin kesuntukan... i am getting old..

Gegambar IpadK

Ni ha gambar IpadK yang aku kecoh-kecoh sangat tu.. kecik je.. senang nak bawak ke mana-mana, siap ada cover lagi.. application boleh downlod macam-macam, tapi microsoft words ke excel ke tak de la.. aamacam ok??



-asta lavista-BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, January 19, 2011

Pakai Ipad kokak..

Ni aku masih lagi dalam mood testing Ipad kokak ni.. dah untuk makluman IpadK ni menggunakan OS android.. jadi apa-apa software yang OS android boleh download, IpadK aku ni pun boleh download gak... IpadK akuni siap ada keyboard + casing lagi.. Sangat WOW.. kan..

Ni aku download software Blogger Droid & try update blog pakai software ni.. seronok-seronok... he..he...

Miintak tolong jangan cakap aku berlagak pakai IPAD, kan aku dah cakap aku pakai IpadK (Ipad Kokak)... yang buat aku seronok tu pasal harga dia murah.. kalau kat Malaysia RM 400++ dapat beli handphone apa ya...??? Ni bole access internet, boleh download application, bole baca e book dan boleh lain-lain lagi.. ni bukan promote ye.. harga yang aku tulis tu harga kos sebenar.. aku tak letak mark-up sebab aku memang tak menjual barang ni... aku berniaga barang lain.... tapi kalo sapa-sapa nak pesan korang markup la sendiri untuk aku... he..he...

Barang harga macam ni mintak jangan nak expect macam ori la kan..

-chau-
Published with Blogger-droid v1.6.5

Bermain dengan toy baru

Ha..ha.. testing-testing... aku sedang mengetest toy baru aku ni.. rupa macam Ipad tapi harga macam handphone harga rm 400... memangla tak se best yang original Ipad tapi dari segi penggunaan bole masuk internet, bole email, boleh download pelbagai application.. bagi aku dah mantap gila..

Best.. best..

Nanti aku masukkan gambar kat dalam blog ni.. skang dah tenga malam.. dah ngantuk.. ni saja-saja test jer..

Ok chau dulu.. huarghhh...ZZzZZZZZzzz....

Monday, January 17, 2011

Apa yang awak nampak,,?

Saya lukis satu titik pada satu kertas photocopy A4 brand IK dan saya tanya awak... Apa yang awak nampak..?


Awak A: nampak titik hitam la.. (apa kene mamat sesibu ni tanya soalan merapu ni..?)
awak B: hmmm.... nampak titik hitam, hmmm tapi macam tak berapa bulat... kenapa ko tanya..?
Awak C: ni ko lukis taik lalat ke..?
Awak D: kroh..kroh....(malas aku nak layan)

aku rasa kebanyakan orang akan jawab macam tu la.. sama la gak ngan aku.. jadi kat sinila isu aku.. (aku cakap pasal aku ye.. bukan orang lain..)..

aku nak di bentangkan kertas A4 kedalam bentuk kehidupan atau bentuk orang,

sama la jugak pada kebanyakan masa aku termelihat orang pada titik hitamnya.. bukan pada putih yang lebih banyak dan lebih besar dari titik hitam itu.. pada kebanyakan masa manusia tu tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.. yang mana kadang-kadang dia sendiri pun tak perasan.. jadi orang macam aku ni selalunya terpandanglah pada kesilapan mereka berbanding dengan kebaikan yang lebih banyak ada pada orang itu.. dari masa ke semasa aku cuba memperbetulkan pandangan macam ni pada orang lain, ya semua orang buat salah.. tapi tak bermaksud bila dia buat salah dia langsung tak ada kebaikan.. (err... penjenayah berat, dah kira bukan titik hitam lagi ye.. dah kira kertas tu warna hitam),

jadi aku harap aku dapat lebih melihat kebaikan orang daripada kesilapan orang.. sebab aku pun banyak buat silap..

err... jap aku baca balik apa aku dah tulis kat atas...

hmmm... merapek lagi...

-adios-

Monday, January 10, 2011

Waduhhh.. susahnya berniaga...

Haa... complen...complen.. apa yang susah..?!! yang ko mengada-ngada nak berniaga sapo suroh.. Ha..ha.. padan muka ko.. kerja makan gaji kan senang.. tiap-tiap bulan dapat gaji.. tiap-tiap tahun dapat increment.. dapat bonus.. haa.. kan lagi senang..

ceh.. buat drama pulak.. ha..ha..

pada aku buat mana-mana pun samaada berniaga atau bekerja ada aje cabaran-cabarannya.. nak cerita susah.. kerja makan gaji pun bukannya semua senang... nak ikutkan banyak lagi orang-orang susah kat luar sana.. jangankan nak kerja, tempat nak tidur pun silap-silap takde.. jadi kalau aku la( ni cakap pasal diri sendiri, bukan pasal orang lain) ada masanya rasa susah nak jalankan business.. susah nak dapat order.. susah nak layankan customer.. penat gila buat business dan sebagainya.. sepatutnya aku tengok balik, depan, belakang, kiri kanan, atas, bawah, banyak lagi orang-orang yang lagi susah daripada aku (memangla orang yang pun banyakkkk gak) ada orang nak cari kerja susah, nak berjalan-jalan susah, nak makan pun susah, ..



Jadi.. En AKU,
silalah bersyukur.. sepaling tidak En. AKU masih boleh lagi menjalankan business walau pun secara skala kecil.. masih lagi customer call untuk order barang-barang keperluan pejabat, masih lagi penyewa bayar sewa rumah... masih ada customer yang masuk ke kedai.. Jadi En. AKU perlu mengenepikan rasa susah itew dan sentiasa berusaha.. bak kata motto sekolah high school Muar "usaha bukan kata", jalan nak success ni banyak jalannya, tengok jalan mana yang kita pilih, tak boleh jalan ni kita ikut jalan lain, jalan lain tak berapa jalan try cari jalan lain lagi..

Dah jumpa cara baik teruskan, kembangkan.. kalau ada rezeki cari lagi jalan untuk busines lain pulak.. kan..

OK... Sebelum aku merapek meraban tak terkawal baik aku babai dulu..

worait chou dulu..

Baru nak cerita pasal tahun Baru 2011..??

Orang lain jejak 1 January je dah bercerita tentang tahun baru, azam baru, cita-cita baru dan sebagainya.. he..he.. aku biasala.. selow sikit.. sekarang baru nak bercerita pasal tahun baru... aku pun tak banyak beza ngan orang-orang lain, aku pun ada target gak untuk tahun baru ni.. tahun lepas nak kirakan agak tercapai gakla apa yang ditargetkan.. especially dari segi, business & property err.. dari segi lain.. kira okla gak..

tahun ni anak sulong aku masuk school, Alhamdulillah... aku hantar child school kat Kinrara.. hmmm.. pengalaman pertama ni, exited gak, silap-silap aku yang terlebih excited dari bebudak kat school tu .. seronok tengok anak aku masuk sekolah & berkawan2 ngan bebudak lain.. semoga anak-anak abah akan jadi anak-anak yang soleh, dan beriman, serta mentaati dan menghormati abah & ibu ya..

tahun ni aku harap businesses aku akan bertambah cawangan dan berkembang.. januari ni nampak macam ada quite good sign.. ada new customer yang dah mula order barang.. Alhamdulillah.. disamping tu plan aku nak involve dalam property pun aku dah mula nampak jalan sikit-sikit.. ni banyak belajar dari pengalaman-pengalaman kengkawan yang rajin bermain & invest dengan property... hopefully aku pun boleh gak berjaya macam mereka-mereka..

Tuesday, January 4, 2011

December: continued...

Apa lagi aktiviti disember aku nih... oh ya.. bercuti ke Langkawi.. hmm buat sekian kalinya aku family sebelah aku bercuti full corum.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar & sangat menarik, tahun 2011 ni boleh plan bercuti lagi..

then aku join satu seminar yang pada aku sangat bagus.. seminar tersebut berkenaan dengan hartanah anjuran tuanbri banyak maklumat-maklumat yang aku dapat, dan banyak gak kenalan-kenalan baru yang aku kenal.. Seminar tu membuka mata aku tentang hartanah ni.. so lepas ni kalo aku ada apa-apa kemusykilan pasal property ni banyak orang boleh aku rujuk.. hasil daripada group ni kitorang dipecahkan kepada beberapa group yang bertujuan untuk keluar dan mempraktikkan urusniaga hartanah.. dan aku agak bernasib baik sebab dalam group aku ni ada sorang yang dah memang berpengalaman dalam bidang hartanah ni saudara Syahman.. jadi banyak yang aku dapat belajar daripada pengalaman dan resources yang dia ada.. Veryy good.. agak penuh gak la kepala hotak aku ni dengan maklumat-maklumat baru dalam bulan december ni tak rasa sangat buang masa.. bak kata orang tak rugi if you invest in yourself.. kannn..

lagi..

lepas je seminar tu selang sehari aku ke China pulak.. macam biasa.. amik stok ubtuk butik bini aku kat Bangi.. masa aku pergi hari tu musim sejuk.. bbbrrrr.. syok gak la.. untuk aku yang datang dari negara musim panas/hujan.. aku ke sana 4 hari 3 malam dengan wife aku sekali (dia yang pilih pun, aku bukan tau sangat Fesyen pompuan nih..)

yang menariknya kat Guang Zhou, China ni.. setiap kali aku pergi aku belajar benda baru, perkataan baru.. nak berurusan dengan orang China ni tidaklah begitu mudah, diorang tak banyak yang boleh cakap english.. kadang-kadang aku maincakap bahasa melayu je.. sebab kalo cakap orang putih pun bukan diorang paham.. tapi dari semasa ke semasa aku dapat belajar bagaimana nak lebih berurusan dengan lebih economic dan efficient..

balik semula ke malaysia hari tu 31 december malam.. kira detik 1 januari 2011 tu aku sedang berada kat angkasa raya, sampai malaysia kul 1.30 am 01/01/2011..- Selamat Tahun Baru -

Sunday, January 2, 2011

Am I so reserved.. ?? (err.. betul ke ayat nih?)


Hah.. dah terlepas December.. tak update apa-apa pun untuk bulan december hari tu.. bukan apa.. aku ni bukanlah blogger yang tegar dan lagi satu aku agak kurang gemar untuk bercerita tentang aku.. aku lebih gemar baca atau dengar cerita orang.. dan kalau boleh stay below radar.. lagi pun bukannya ada apa-apa yang menarik sangat untuk aku ceritakan... jadi tu sebab aku agak berbelah bahagi untuk menulis..

Tapi...

memikirkan satu hari aku boleh baca balik blog aku nih... tengok sendiri progress aku atau mungkin anak-anak aku boleh baca dan menjadikan rujukan ker.. atau apa-apa juola lah jang.. aku rasa aku tulis jela ekk mana-mana sempat...

cerita december

"hhmmmmm...... eh aku tak ingat.. "
"ha, tu la.. kalau tak update memang la cepat lupa.. "

hari tu kan aku ada distribute flyers kan.. ha.. so far sambutan bulan 12 sangat menggalakan.. dan teknik distribute flyers ni akan dijalankan dari semasa ke semasa..

aku ada cerita ke untuk business furniture aku nak try jual open market products.. oppss.. macam tak ada.. (aku kan bukannya rajin nak bercerita).. ok, ada 1 product yang aku jual.. nama dia boltless rack.. ha.. yang kat bawah ni..

amacam.. menarik..?? ha tak menarik pun.. barang biasa-biasa je..

haah.. barang ni bukan barang yang pelik sangat.. tapi sangat menjimatkan masa & ruang.. macam kat stor korang tu kalo dah berserabut sangat sesuaila pakai rack ni.. senang pasang dan susun je barang korang yang melambak-lambak tu... lagi satu.. kan kalau kat apartment ada ruang cuci baju tu kan.. biasanya korang letak penyapu, penyodok sampah, sabun baju, sabun lantai, dan sebgainya dekat situ kan..?? dengan adanya boltless rack ni korang dapat lah nak save space sikit kan.. apartment bukannya besor sangat nak letak barang banyak-banyak.. jadi boltless rack ni dapat sedikit sebanyak membantu mengurang masalah ruang yang ada... betull takk..? jadi untuk product kegunaan rumah ni aku nak lebih fokuskan pada produk-produk penjimatan ruang yang praktikal.. mottonya ialah :

" love your home & appreciate your space"

ni aku design flyersnya... belum distribute lagi.. plan distribute January... tapi hari tu ada gak aku masukkan kat website business aku dan dah ada pun orang order.. siap guna untuk bilik server lagi... harganya murah je.. RM 125.00 siap penghantaran ke Bukit Jalil, Puncak Jalil, Bangi, Putrajaya dan kinrara.. ha.. siap pasangkan lagi.. murah woo..

aktiviti december to be continue....