Aku pun tak tau apa itu kejayaan ... korang bagitau aku.. lepas aku baca blog member aku nih tajuk dia "kejayaan itu subjektif" aku pun agak tertanya-tanya apa itu kejayaan.. sebenarnya selalu pun aku terpikirkan soalan ni.. cuma kali nia aku nak lontarkan ke dalam blog aku..
bila agaknya korang akan cakap "ya.. aku dah berjaya"... terpulangla sama ada cakap dalam hati je ke atau cakap kuat-kuat..
bila mana masa kecik-kecik dulu kita belajar rajin-rajin dan dapat keputusan UPSR cemerlang.. kita dah berjaya??
bila kita dapat keputusan SPM yang baik dan dapat masuk university.. kita dah berjaya??
bila kita dah dapat apa kerja yang kita nak ... kita dah berjaya..??
bila kita dah kawen kita dah berjaya..??
hmmm... nampak macam kejayaan ni kena sentiasa berterusan.. selepas satu kejayaan.. kita cuba capai satu lagi kejayaan.. jadi dalam tempoh nak mencapai dari satu kejayaan ke satu kejayaan yang lain, sudah tentu banyak cabarannya..
jadi mungkin pada sesetengah kita terhenti pada satu tahap kejayaan dan terlalu gembira sehingga lupa nak kejar kejayaan yang berikutnya.. contoh macam kita dah berjaya dapat keputusan baik dalam SPM dan masuk universiti dan kita pun berkata pada diri sendiri " ya.. aku dah berjaya".. lepas tu kita hu..ha..hu..ha.. tak berusaha untuk dapat keputusan yang baik.. akhirnya tak jadi berjaya juga.. tapi jalan untuk berjaya sentiasa terbuka kan...?? kalau dah terkantoi kat university.. kita sedar cepat dan kita usaha lagi dengan lebih baik, mungkin masuk kolej atau universiti lain.. atau mungkin cuba belajar dan bekerja dengan dengan gigih.. ataupun berniaga.. mungkin kita juga akan jumpa kejayaan yang lain.. mungkin kejayaan yang tak sama dengan kengkawan sebaya kita tapi... mana ada orang yang sama pun level kejayaannya..
kejayaan itu objektif .... dan subjektif...
Anyway, aku bukanlah orang yang betul nak bercerita tentang kejayaan, pasal banyak lagi kejayaan yang belum aku capai.. dan aku semakin kesuntukan... i am getting old..
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
4 years ago
0 comments:
Post a Comment