Pages

Showing posts with label Property. Show all posts
Showing posts with label Property. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Penginapan Terbaik Di Putrajaya.. QIRANA HOMESTAY

Cuti pun dah dekat... kalau sapa-sapa kat sana yang menghadapi masalah penginapan especially di Putrajaya.. Qirana Homestay adalah penyelesaiannya.. Penginapan yang paling selesa dan paling cost effective di Putrajaya. Lokasi yang sangat baik.. berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan, hospital, pusat komuniti presint 9 (siap ada swiming pool kanak-kanak lagi), denkat dengan pasar malam yang BESAR (setaip hari Selasa & Jumaat) dan macam-macam lagi..

apa kata korang enjoy je video di bawah ni..


bye..bye...

Sunday, October 7, 2012

Eksperiment terbaru

Assalamualaikum..
Ni satu lagi eksperiment yang aku buat... Project Homestay Putrajaya.. baru registered & launching last week.. tapi dah mula bulan September.. sambutan..? Alhamdulillah menggalakkan..

Memandangkan ni eksperiment baru dan business abru aku.. jadi seberapa boleh aku akan cuba untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk customers aku. So far untuk area putrajaya ada 3 unit untuk memenuhi keperluan customers. Harga pulak untuk tempahan bulan oktober ni ada special diskaun yang diberikan. dan sebaik mungkin aku cuba pastikan yang customer aku rasa berbaloi dengan perkhidmatan yang aku berikan.

Maklumlah.. kat putrajya kan agak sukar nak cari hotel budget.. kalau hotel pun dapat satu bilik je kan..? ni siap 3 bilik boleh masuk 7-9 orang, siap ada dapur, aircond, astro dining table lagi. mana nak cari kat tempat lain.. amacam,,?

jadi kalau ada diantara anda atau kengkawan anda yang memerlukan penginapan di Putrajaya kami InsyaAllah kami boleh sedia penginapan yang selesa dan lokasinya sangat bagus. sebab berhampiran dengan kawasan ayng strategik, seperti Dataran Putrajaya, Pusat pengangkutan, bas & erl, Food Court, Pusat komuniti, dan lain-lain..


Apa kata korang LIKE page kami sekarang untuk dapatkan maklumat yang lebih dan untuk Update promosi terikini Homestay kitorang.

www.facebook.com/QiranaHomestay

Thank you..

Adios..

Wednesday, October 26, 2011

Menceburi Bidang Baru


Assalamualaikum...

Dalam nak menambahkan portfolio business & income, aku baru-baru ni membuat keputusan untuk menceburi satu bidang baru, iaitu real estate agency, sebelum ni memang aku dah menceburi bideng hartanah sebagai pelabur kecil-kecilan maklumlah baru beginner, dan aku rasa untuk menambahkan pengetahuan aku dalam bidang hartanah ni aku rasa mendaftar sebagai real estate agent/negotiator. Harapnya disamping dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman aku juga dapat membantu bakal-bakal client aku yang nak menjual, menyewa mahupun membeli hartanah, samaada client nak beli untuk diri sendiri ataupun untuk pelaburan.

So.. diharapkan aku akan dapat menimba pengalaman baru dalam bidang ni.

P/s: kepada sesiapa yang memerlukan khidmat Real Estate Negotiator sila hubungi saya:
Helmy 019-2094429, registered Real Estate Negotiator, Chester Properties Sdn Bhd (Hartamas)

maklumat senarai hartanah di

Thank you...

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Menyambut Ramadan & payment released

Salam ramadan semua.. semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik.. dah masuk minggu kedua baru nak cerita pasal ramadan.. apa yang aku nak cerita pasal ramadan...???

.....

aku pun tak tak tau...

Apartment Bunga Negara
Medium cost apartment
Ni nak cerita pasal property yang aku beli kat seksyen 27 Shah Alam pulak, Bank dah released 2nd payment.. so bermakna rumah tu aku dah officially boleh amik kunci & cari penyewa... tapi rate sewa kat tempat tu taklah tinggi kira bolehla nak cover bank.. Alhamdulillah.. nanti dau setahun dua nati aku increasela sikit kalau boleh... sekiranya market rental rate naik.. dan another good news is dah ada penyewa nak sewa situ under company contract.. kira dah agak senang la kerja aku.. takyah nak susah-susah cari penyewa lagi..

so.. aku tengah tunggu lagi satu apartment.. dekat taman equine.. tengah tunggu approval SUK.. hopefully everything ok.. harap dengan pertambahan kedua-dua portfolio investment ni dapat meningkatkan pengalaman property investment aku... di sampaing yelah.. of course aku nak return on investment aku..

tahun ni ada few lagi target yang aku nak kejar.. kalau ikutkan agak payah gak.. tapi.. dalam dunia ni apa benda yang tak susahkan??


Monday, April 18, 2011

Banyak benda boleh belajar

Ting tong, ting tong dah dekat dua bulan aku tak update blog.. biasala kalao dah nama pemalas tu.. tak yah nak bagi alasan-alasan lain, sibukla itu la ini la..

hari tu aku ada cerita pasal beginner yang merangkak, pasal pelaburan dalam property.. untuk pembelian rumah yang ke-3 dan seterusnya pembiayaan adalah sebanyak 70% sahaja.. dalam kes aku ni kira Alhamdulillah.. bulan febuari hari tu dah approve 1 rumah seksyen 27 shah alam & last week jumaat dapat call satu lagi application aku approve untuk apartment kat equine park seri kembangan (tapi surat belom sampai lagi.. suspen gak.. diaorang kata minggu ni). Harap-harap ok, pasal semua rumah ni aku beli below market & rental return pun quite ok.. err.. beginner yang merangkak ye.. belom banyak sangat propertynya dan incomenya..

kira dalam aspect property ni aku dah menambah beberapa portfolio la kiranya, Alhamdullillah..

lepas ni kena buat income restructuring lepas tu kene kasi track record clean dengan bank & LHDN, supaya future invesment kita nanti akan lebih teratur & smooth.. banyak aku belajar dalam proses nak dapatkan property ni.. yelah.. bidangnya bukanlah baru sangat pada aku tapi kalau tak selalu buat memangla ada masa tersangkut-sangkut.

Bab lain pulak

Hari tu aku pergi ke Guang Zhou China, memang dua tiga bulan sekali aku pi sana amik stok barang. kali ni aku pergi berempat, me, my wife and my two brothers.. masing-masing ada tugas memasing bagi menjimatkan masa.. aku & wife cari stok baju, manakala my brothers cari stok beg.

masa pergi tu dah nak masuk musim bunga, jadi banyk bebunga sakura mekar di kiri kanan jalan.. cantik woo.. very nice.. cuaca pun tak la sejuk sangat.. sangat selesa.. so far semuanya berjalan lancar.. cuma bab packing tu memang penatla sikit.. kat sini kalau pandai berniaga mamang banyak peluang-peluang yang terbuka luas, aku ni bukan kategori pandai berniaga.. aku kategori merangkak lagi.. tapi setaip kali aku datang sini aku akan dapat beberapa idea baru yang aku rasa boleh kalo nak di eksperimentkan pada masa akan datang.. tapi biasa kalau cakap pasal idea ni aku ada ulasan tersendiri.

Monday, February 7, 2011

Beginner yang merangkak


Skang ni kalo cerita pasal rumah ramai yang mengeluh rasanya berkenaan arahan BNM mensyaratkan hanya 70% dibenarkan untuk pembiayaan rumah ke-tiga dan seterusnya..

Sekadar hiasan

Rumah buat pelaburan... bukan bermaksud aku ni banyak rumah.. tapi syarat tu aku rasa agak membataskan langkah aku selaku beginner untuk melibatkan diri dengan rancak dalam arena property ni.. aku yakin ramai kengkawan kita yang dah lama berkecimpung dalam permainan property sempat dapat kumpul banyak rumah dengan pembiayaan 90%.. rezeki diorang..

bukan tak boleh kalo nak main dengan funding 70%, cuma kalau kita buat investment modal yang diperlukan adalah lebih besar berbanding dengan funding 90%..

tapi kalau ada semangat, ada keinginan boleh je... carila jalan macamana pun kan..??

ni aku dok tengah tunggu properties dalam proses.. tak semuanya straight foward.. but hopefully semuanya ok dan berjalan lancar..
jalan nak senang ni bukannya senang, bukannya pasti, bukannya satu jalan, bukannya clear macam highway baru siap (dan tak jem).... tapi kalau ada usaha, hasilnya Insya'Allah berbuah..


-amin-

Tuesday, January 4, 2011

December: continued...

Apa lagi aktiviti disember aku nih... oh ya.. bercuti ke Langkawi.. hmm buat sekian kalinya aku family sebelah aku bercuti full corum.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar & sangat menarik, tahun 2011 ni boleh plan bercuti lagi..

then aku join satu seminar yang pada aku sangat bagus.. seminar tersebut berkenaan dengan hartanah anjuran tuanbri banyak maklumat-maklumat yang aku dapat, dan banyak gak kenalan-kenalan baru yang aku kenal.. Seminar tu membuka mata aku tentang hartanah ni.. so lepas ni kalo aku ada apa-apa kemusykilan pasal property ni banyak orang boleh aku rujuk.. hasil daripada group ni kitorang dipecahkan kepada beberapa group yang bertujuan untuk keluar dan mempraktikkan urusniaga hartanah.. dan aku agak bernasib baik sebab dalam group aku ni ada sorang yang dah memang berpengalaman dalam bidang hartanah ni saudara Syahman.. jadi banyak yang aku dapat belajar daripada pengalaman dan resources yang dia ada.. Veryy good.. agak penuh gak la kepala hotak aku ni dengan maklumat-maklumat baru dalam bulan december ni tak rasa sangat buang masa.. bak kata orang tak rugi if you invest in yourself.. kannn..

lagi..

lepas je seminar tu selang sehari aku ke China pulak.. macam biasa.. amik stok ubtuk butik bini aku kat Bangi.. masa aku pergi hari tu musim sejuk.. bbbrrrr.. syok gak la.. untuk aku yang datang dari negara musim panas/hujan.. aku ke sana 4 hari 3 malam dengan wife aku sekali (dia yang pilih pun, aku bukan tau sangat Fesyen pompuan nih..)

yang menariknya kat Guang Zhou, China ni.. setiap kali aku pergi aku belajar benda baru, perkataan baru.. nak berurusan dengan orang China ni tidaklah begitu mudah, diorang tak banyak yang boleh cakap english.. kadang-kadang aku maincakap bahasa melayu je.. sebab kalo cakap orang putih pun bukan diorang paham.. tapi dari semasa ke semasa aku dapat belajar bagaimana nak lebih berurusan dengan lebih economic dan efficient..

balik semula ke malaysia hari tu 31 december malam.. kira detik 1 januari 2011 tu aku sedang berada kat angkasa raya, sampai malaysia kul 1.30 am 01/01/2011..- Selamat Tahun Baru -

Tuesday, October 12, 2010

What progress??

Kadang-kadang bila kita dah lama-lama buat business ni kadang-kadang ada masa kita rasa sangat busy.. tapi bila check hmm sale takde la banyak mana pun.. apa yang aku busy sangat ni.. hmmmm... setup kedai dah buat.. ni setup hopis tak settle-settle lagi nih.. apply TM punya line punya la lama tak dapat-dapat lagi fuuhhh... aku faxless sekarang nih.. hu..hu..hu..
dan lagi satu.. sebagai menambah satu lagi sumber pendapatan aku baru je dapat kunci untuk condominium yang aku beli kat area IKRAM Unipark Condo.. memang meant untuk investment la.. yang ni kira aku baru cuba.. kunci tu baru tak baru gak la dapat.. masa bulan puasa hari tu.. dalam 15 hb.. kunci rumah tu kalau ikutkan dah lama bole amik tapi pasal bertangguh tengah bulan Ogos baru sempat.. & sebelum tu dah ada agent yang dah contact dia ada buat showroom untuk dapatkan basic idea furnished unit untuk sapa-sapa yang nak sewakan furnished.

rental rate unfurnished dalam RM 1,200.00 to 1,250.00
rental rate furnished dalam RM 1,500.00 to 1,600.00
rental rate furnished + aircond dalam RM 1,800.00 to 2,010.00


tapi bergantung kepada pemilik nak sewakan berapa.. aku decidenak sewakan furnished.. jadi dapatla nak cover hutang bank sikit & bayaq maintenance sikit & ada untung sikit.. jadila.. untuk beginner yang baru berkecimpung.. Alhamdulillah.

Block B is in progress

Saturday, May 15, 2010

Bidang Hartanah

Semalam, jumaat aku jumpa dengan sorang sifoo hartanah, asalnya aku suka & sealu baca blog sifoo nih.. then aku start cuba contact dia.. & Alhamdulillah sifoo ni walapun sangat berpengalaman dalam hal hartanah dan aku pun percaya dia nih seorang hartanahwan.. masih sudi beremail, sms dan seterusnya jumpa aku yang baru nak belajar pasal hartanah ni..knowledge aku pasal hartanah ni kalau nak diikutkan zero, telur ayam, sifar, yilek... hartanah pun buat masa nih tak ada.. yang ada pun tanah dalam pasu, itupun kering tak berpokok (dulu tanam pokok, tapi mati pasal aku selalu tak ada kat rumah)



Aku sangat-sangat berterima kasihla kepada sifoo ni.. pasal banyak knowledge dan pengalaman yang dia sharekan.. hopefully lepas nih bole selalu jumpa bagi menambahkan lagi pengetahuan aku pasal hartanah ni dan seterusnya melibatkan diri dalam bidang ni.. semalam pun kitorang borak-borak pasal bidang masing-masing, aku pun dapat lebih membuka minda dan pemikiran aku dengan benda-benda baru...



to the sifoo; thank you very much.. kalo senang next week kita main badminton pukul angin, sampai hangin satu badan..ha..ha..