Pages

Monday, November 7, 2011

Kalau betul ko KAYA sangat teruskanlah merokok...


He..he..he.. bunyi macam garang je nak sound orang merokok.. saja je ye.. jangan amik hati ye.. bila nakcerita pasal mejejaskan kesihatan pun diorang bukan kesah.. nak cerita dari sudut agama pun diorang mungkin gak tak berapa kesah gak.. mari kita buat kira-kira sikit berapa kekayaan perokok ni.. besar figurenya $$$


kita andaikan satu hari mereka kaya dengan RM 10.00 untuk rokok
setahun = RM10 x 365 = 3,650.00
katakan kita melabur ke dalam amanah saham yang bagi dividen 8.5%

  • Tahun pertama RM 3,650.00 + (310.25) 8.5% = RM 3,960.25 (alah tiga ribu lebih je setahun.. opss.. teruskan baca)
  • Tahun ke 2   (RM 3,960.25 + RM 3,650.00) = 7,610.25 + (646.87) 8.5% = RM 8,257.12
  • Tahun ke 3   (RM 8,257.12 + RM 3,650.00) = 11,907.12 + (1,012.11) 8.5% = RM12,919.23
  • Tahun ke 4   (RM 12,919.23 + RM 3,650.00 ) = 16,569.23 + (1,408.38) 8.5% = RM17,977.61
  • ...........
  • ...........

seterusnya sampai ke..
  • Tahun ke 10  (RM 50,498.11 + RM 3,650.00 ) = 54,148.11 + (4,602.59) 8.5% = RM58,750.70


58,750.00..!!!! HEBAT..

Itulah jumlah yang di bakor dalam tempoh 10 tahun...
Katakan perokok mula hisap sekotak rokok bermula umur 25 tahun.. pada umur 35 tahun perokok yang kaya ni telah membakar RM 58,750.00 WOW.. (teruskan lagi baca untuk figure yang lebih besar..)

okey.. korang paham tak kira-kira kat atas tu.. 

tak paham takpe.. korang boleh tanya kawan atau korang percaya ajelah dengan figure yang aku buat ni
ok takpe untuk lebih menarik lagi kita teruskan kira untuk tahun ke 20

  • Tahun ke 20   (RM 172,926.10 + RM 3,650.00 ) = 176,576.10 + (15,008.97)8.5% = RM191,585.10
  • Tahun ke 30  (RM 453,383.70 + RM 3,650.00 ) = 457,033.7 + (38,537.62)8.5% = RM491,921.40


RM 491,921.40...!!!

Perokok menghabiskan RM 491,921.40...!!!

Kalau perokok mula menghisap rokok sekotak sehari untuk rokok yang berharga RM 10 sekotak bermula dari umur 25 tahun, by the time dia pencen umur 55 tahun dia telah membakar RM 491,921.40..!!! Hampir setengah juta tu..!!, itu kalau kira harga rokok RM10 sekotak dan dividen 8.5% setahun.. tak masuk kira kalau ada kenaikan harga rokok lagi.. dan tak termasuk kalau ada investment yang bole bagi pulangan 10%. Apa yang boleh anda buat dengan RM 491,921.40... boleh beli rumah, boleh bercuti kesana-sini, boleh beli kereta best, boleh beli macam-macam tu..

Jangan lupa ada beberapa harga lagi yang perlu dibayar:
  • harga untuk merawat sakit kalau dapat sakit akibat merokok..
  • harga kesedihan ahli keluarga yang risaukan perokok semasa sakit
  • harga parking ticket untuk kengkawan yang melawat kat hospital nanti
  • dan lain-lain harga lagi


kalau itu harga yang dibayar oleh seorang perokok.. bayangkan pulak hasil yang diperolehi oleh syarikat rokok yang telah menjual kepada berjuta orang perokok. ha..ha..ha.. KAYA..KAYA....

perokok kaya mengeluarkan duit dan syarikat rokok lagi kaya dapatkan duit.... ha..ha..ha..(gelak jahat)

Yaa... Perokok memang kaya kan..? untuk orang macam aku yang tak berapa kaya ni kenalah awal-awal berenti merokok sebelum kena bayar sekalian harga dan kerugian itu... hu..hu..hu..

p/s: kepada kengkawan dan bukan kengkawan yang merokok yang terbaca nukilan aku ni jangan amik hati ye.. sekadar berkongsi kira-kira.. ya..

sekian

adios..