He..he..he.. bunyi
macam garang je nak sound orang merokok.. saja je ye.. jangan amik hati ye..
bila nakcerita pasal mejejaskan kesihatan pun diorang bukan kesah.. nak cerita
dari sudut agama pun diorang mungkin gak tak berapa kesah gak.. mari kita buat
kira-kira sikit berapa kekayaan perokok ni.. besar figurenya $$$
kita andaikan satu
hari mereka kaya dengan RM 10.00 untuk rokok
setahun = RM10 x
365 = 3,650.00
katakan kita
melabur ke dalam amanah saham yang bagi dividen 8.5%
- Tahun pertama RM 3,650.00 + (310.25) 8.5% = RM 3,960.25 (alah tiga ribu lebih je setahun.. opss.. teruskan baca)
- Tahun ke 2 (RM 3,960.25 + RM 3,650.00) = 7,610.25 + (646.87) 8.5% = RM 8,257.12
- Tahun ke 3 (RM 8,257.12 + RM 3,650.00) = 11,907.12 + (1,012.11) 8.5% = RM12,919.23
- Tahun ke 4 (RM 12,919.23 + RM 3,650.00 ) = 16,569.23 + (1,408.38) 8.5% = RM17,977.61
- ...........
- ...........
seterusnya sampai
ke..
- Tahun ke 10 (RM 50,498.11 + RM 3,650.00 ) = 54,148.11 + (4,602.59) 8.5% = RM58,750.70
58,750.00..!!!!
HEBAT..
Itulah jumlah yang
di bakor dalam tempoh 10 tahun...
Katakan perokok
mula hisap sekotak rokok bermula umur 25 tahun.. pada umur 35 tahun perokok
yang kaya ni telah membakar RM 58,750.00 WOW.. (teruskan
lagi baca untuk figure yang lebih besar..)
okey.. korang paham
tak kira-kira kat atas tu..
tak paham takpe..
korang boleh tanya kawan atau korang percaya ajelah dengan figure yang aku buat
ni
ok takpe untuk
lebih menarik lagi kita teruskan kira untuk tahun ke 20
- Tahun ke 20 (RM 172,926.10 + RM 3,650.00 ) = 176,576.10 + (15,008.97)8.5% = RM191,585.10
- Tahun ke 30 (RM 453,383.70 + RM 3,650.00 ) = 457,033.7 + (38,537.62)8.5% = RM491,921.40
RM
491,921.40...!!!
Perokok menghabiskan RM 491,921.40...!!!
Kalau perokok mula
menghisap rokok sekotak sehari untuk rokok yang berharga RM 10 sekotak bermula
dari umur 25 tahun, by the time dia pencen umur 55 tahun dia telah membakar RM
491,921.40..!!! Hampir setengah juta tu..!!, itu kalau kira harga
rokok RM10 sekotak dan dividen 8.5% setahun.. tak masuk kira kalau ada kenaikan
harga rokok lagi.. dan tak termasuk kalau ada investment yang bole bagi
pulangan 10%. Apa yang boleh anda buat dengan RM 491,921.40... boleh beli rumah, boleh bercuti kesana-sini, boleh beli kereta best, boleh beli macam-macam tu..
Jangan lupa ada
beberapa harga lagi yang perlu dibayar:
- harga untuk merawat sakit kalau dapat sakit akibat merokok..
- harga kesedihan ahli keluarga yang risaukan perokok semasa sakit
- harga parking ticket untuk kengkawan yang melawat kat hospital nanti
- dan lain-lain harga lagi
kalau itu harga
yang dibayar oleh seorang perokok.. bayangkan pulak hasil yang
diperolehi oleh syarikat rokok yang telah menjual kepada berjuta orang perokok.
ha..ha..ha.. KAYA..KAYA....
perokok kaya
mengeluarkan duit dan syarikat rokok lagi kaya dapatkan duit.... ha..ha..ha..(gelak jahat)
Yaa... Perokok
memang kaya kan..? untuk orang macam aku yang tak berapa kaya ni kenalah
awal-awal berenti merokok sebelum kena bayar sekalian harga dan kerugian
itu... hu..hu..hu..
p/s: kepada
kengkawan dan bukan kengkawan yang merokok yang terbaca nukilan aku ni jangan
amik hati ye.. sekadar berkongsi kira-kira.. ya..
sekian
adios..
0 comments:
Post a Comment