Pages

Thursday, February 3, 2011

Kita sentiasa berkembang..?

Tengah hari tadi aku pergi ke satu kedai mamak belakang warta bangi.. Ada keje sket kat butik.. Kedai mamak ni baru je di renovate, cantik.. Hmm bertambah maju restorant ni.. Aku order naai goreng kampung 2 bungkus..

Sementara tunggu aku, dok pikir, pada norma kehidupan aku rasa semua benda berkembang, manusia lahir dari kecik menjadi besar, pikiran manusia daripada tak tau apa-apa jadi berpengetahuan.. Teknologi berkembang.. Manusia dari seorang, berkahwin jadi berdua, beranak jadi bertambah lagi manusia.. Budak masuk sekolah meningkat dari darjah satu sampai ke tingkatan lima, lepas tu ke universiti dan sebagainya.. Dah kerja mula-mula kereta kecik pastu naik gaji, berkembang ke kereta besar, rumah besar, bini besar...

Jadi..

Secara normalnya aku lihat semua aspek kehidupan umumnya berkembang.. Cuma kadar perkembangan dan jangkamasa yang membezakan dari seorang dan orang yang lain.. Kalau lebih usaha seseorang itu untuk berkembang maka biasanya lebih cepatlah dia berkembang..

Jadi aku rasala.. Kalau kita nak buat apa-apa pun , bilamana kita terasa mungkin apa yang kita nak buat tu mungkin tak menjadi.. Kita teruskan aje.. Sebab aku rasa apa-apa benda baik yang kita nak buat.. Baik berniaga ke (aku sebenarnya lebih tengok pada aspek berniaga).. Tukar kerja ke.. Menuntut ilmu ke.. Nak pergi masjid ke.. Call member ke.. Bukak akaun asb ke.. Cari kawan baru ke.. Attend seminar ke.. Atau apa-apa jugalah.. Semuanya ada potensi yang besar untuk berkembang dan berjaya..

Dan aku rasa kebarangkalian untuk berkembang dan berjaya sebenarnya lebih banyak daripada kebarangkalian untuk gagal.. Jadi jangan risau..

Waktu aku tulis ni pun dah pukul 4:30 am, jadi maafkan aku lah kalau ayat aku di atas ni merapek meraban..

Sekian
wassalam.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

0 comments:

Post a Comment