Pages

Wednesday, June 29, 2011

Menebas jalan bersemak

Terkial-kial.. terhegeh-hegeh aku nak menebas jalan-jalan yang bersemak.. hutan yang berselerak.. semoga jalan yang ku tebas ni bisa akan menjadi denai..mudah untuk ku lalu dengan basikal.. kemudian menjadi lorong untuk ku lalu dengan motosikal...hinggalah menjadi lebuhraya satu hari nanti untuk dilalui dengan sports car atau BMW X6.. tapi jalan yang ku tebas hari ini di harapkan dapat dilalui dengan selesa oleh yang bakal memandu kemudian.. kerana.. jalan yang ku tebas ini juga tak selamanya ku lalui... untuk sesetengah mereka, jalannya sudah awal ditebas .. namun tetap bukan mudah.. tugas untuk menjaga jalan dan memandu serta menaiktaraf jalan itu kepada lebuhraya tetap terpikul.. kerna jalan yang baik juga bisa kelobangan kalau tak dijaga.. semak juga boleh tumbuh kembali.. hutan juga boleh melata... Jalan yang ku tebas itu adalah jalan perniagaan.. kaum lain dah lama tebas jalan yang bersemak supaya anak-anak mereka nanti dah tersedia untuk mereka teruskan perjalanan.. dari generasi ke generasi jalan itu semakin besar.. dan sekarang banyak mereka yang dah jalan atas highway dengan kereta besar yang mana dulunya hanya denai yang ditebas oleh tuk nenek mereka.


ehhh.. dah dekat kul 1.00am patut la aku merapek tak tentu hala.. dah..tido..tido..

0 comments:

Post a Comment