Pages

Friday, November 26, 2010

Kenapa namanya flyers?? dia bole terbang ke..?

Marketing?? Aku ni bukan pandai pasal marketing.. masa belajar dulu pun tak la score pun subject tu.. ni nak berceloteh pasal marketing untuk business butik bini aku ni, ada la beberapa cara yang aku buat yang mana sebahagian caranya tak ada beza dengan yang orang lain buat pun.. yang skang ni aku buat Distribute Flyers..

so.. cara ni pun kira salah satu marketing gak.. nak bagitau orang tentang kewujudan business yang kita jalankan, dimana lokasi business kita dan sebagainya.. aku buat kat area bangi pasal butik pun kat area bangi... ada korang yang duduk kat bangi dapat flyers tu??? kalau dapat jemput-jemputla datang ye.. alang-alang tu nak bagitau, skang butik tu tengah ada Year End Sale ye.. 10% to 50% banyak tu.. jom singgah meramaikan orang kat butik... Butik baju-baju modern & Handbags..

Korang yang duduk kat Bangi ada dapat flyers macam gambar ni?? Aku design sendiri tu.... siap pantun-pantun lagi.. ha..ha..ha.. kalau dapat jemputla datang ye.. kalau tak dapat pun jemputla datang ye.. sangat dialu-alukan oleh kitorang dan staff butik yang friendly..


Alamat
507 & 607, Kompleks Diamond,
Jalan Persiaran Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
(Business Area betul-betul sebelah kompleks WARTA)

Wednesday, November 24, 2010

How can I save RM 27,800 per month??

Ha..ha..ha this question keep on playing on my mind lately.. I know some of you might have reach this level of monthly saving, and some might already get much more than that amount.. as for me it is still remain a question, & still struggling for it... let me rephrase again.. RM27,800 SAVING per month (not income or salary ya..)...

memandangkan ku tengah gatal tangan nak menaip blog ni.. hah.. kalo ada yang baca mari sama-sama pening dengan aku sekali.. ha..ha..ha..

to get that amount at one time might not be that difficult.. but to make it a consistent saving or average saving per month is really BIG question mark (?).. fuhh... but, 'when there is a will there is a way'.. kan..

1 simple formula, but it looks quite ridiculous, using ASB:


Average ASB dividen + yearly bonus : 9%
maximum saving ASB account = RM 200k
yearly dividen+bonus = 200k x 9% = RM 18,000
average monthly saving = RM 18,000/12 = RM 1,500.00 (dah boleh kira gaji tepi)

therefore to get RM 27,800.00 per month
=RM 27,800/1500 = 18.53 ASB account..
= approximately 19 Maximum ASB account = 3.8 million cash in 19 ASB Account...!!!!
ha.ha..ha.. mana nak cekau rm 3.8 mill ( i know thare are many of our friends know where to cekau RM 3.9 mill - sapa tau, meh la share...)

RM 3.9 mill not impossible but very difficult..

kalo ada sesapa yang terbaca persoalan aku ni.. jom discuss sesama.. mesti ada banyak jalan yang boleh buat..


Ha..ha..ha.. Mari pening-peningkan...

Wednesday, November 10, 2010

Balik Dari Guang Zhou

hari tu 09/11/2010 kul 1.30 pagi sampai balik aku kat Malaysia.. Fuuhh letih.. lama tak jumpa anak-anak aku.. Alhamdulillah semua ok.. program berjalan lancar.. Group dapat melawat tempat-tempat yang sepatutnya dan target aku untuk dapatkan beberapa stok juga tercapai..

Macam biasa.. aku bab-bab gambar ni memang ada lemah sikit.. jap lagi aku uploadkan mana-mana gambar yang berkenaan, especially masa diorang pi melawat tempat-tempat di Guang Zhou..

Cuaca: masa kat Guang zhou cuaca sangat selesa, tak panas tak terlalu sejuk.. jalan-jalan pun tak terasa penat sangat..(aku je kot yang tak rasa penat.. yang group mungkin penat kot pasal kat sini memang kena banyak berjalan)

kali ni aku ada bawak group ke:
  • Pusat pakaian
  • Pusat accessories
  • Pusat Jam Tangan
  • Pusat beg Tangan
  • Pusat Kain ela
  • Pusat IT & Gadget
  • Pusat cenderamata & toys
  • Masjid tertua di guangzhou, Masjid Saad Abi Waqas
  • Melawat Beijing Lu
  • River cruise

Enjoy the pics

waktu melawat pusat pakaian, makan & beijing lu

menikmati river cruise beserta light show dsb.

waktu di pusat kain Di masjid tertua di china
okie next.. bulan 12, sapa-sapa nak join jom.. masih terbuka lagi

wassalam..

Monday, November 1, 2010

Business Trip ke Guang Zhou


Hari ni aku ada bawak group ke Guang Zhou, tak ramai la.. dalam 9 orang, memang tak bawak banyak-banyak pun pasal takut tak terjaga.. kat sana banyak sebenarnya peluang-peluang yang ada bagi orang yang nak berbusiness ni. Cuma orang tu nak atau tak nak aje.. Kalau korang perasanla banyak produk-produk kat Malaysia ni pun datang daripada sana. Dan faktor paling besar aku rasa yang mebawa kepada banyak barang yang dibawa daripada sana ialah KOS.. Kos harga barangan daripada sana adalah sangat murah dan dapat memberikan margin keuntungan yang agak selesa bagi peniaga.. bukan setakat aku atau orang Malaysia je yang banyak ambik barang kat sana, orang dari tempat-tempat lain pun banyak amik produk dari China..

Dari pengalaman aku pulak.. sejak aku 1st time ke Guang Zhou then beberapa bulan kemudian aku bertekad untuk membuka sebuah Butik Beg di bangi, kalau orang tanya apasal cepat sangat bukak, sebab; memang kita dah jumpa peluang yang baik untuk mendapatkan barangan pada harga yang sangat memuaskan dan selesa dan juga aku dapat menawarkan barangan pada harga yang juga selesa kepada pelanggan... jadi kat sana memang peluang itu terbuka dan dah 'mereka' menjual barangan dari China di Malaysia dah mendapat keuntungan yang baik..

dan aku juga mengambil kesempatan ini untuk membuat Business Trip ke GuangZhou, sambil aku berniaga dan membuat sedikit keuntungan aku jugak bole share pengetahuan yang tak seberapa tentang bagaimana nak mencari dan mendapatkan barangan yang ingin di niagakan dari sana, dan macamana nak membawanya ke Malaysia.

Jom join sekali.. next trip 24/12/2010


Tuesday, October 12, 2010

What progress??

Kadang-kadang bila kita dah lama-lama buat business ni kadang-kadang ada masa kita rasa sangat busy.. tapi bila check hmm sale takde la banyak mana pun.. apa yang aku busy sangat ni.. hmmmm... setup kedai dah buat.. ni setup hopis tak settle-settle lagi nih.. apply TM punya line punya la lama tak dapat-dapat lagi fuuhhh... aku faxless sekarang nih.. hu..hu..hu..
dan lagi satu.. sebagai menambah satu lagi sumber pendapatan aku baru je dapat kunci untuk condominium yang aku beli kat area IKRAM Unipark Condo.. memang meant untuk investment la.. yang ni kira aku baru cuba.. kunci tu baru tak baru gak la dapat.. masa bulan puasa hari tu.. dalam 15 hb.. kunci rumah tu kalau ikutkan dah lama bole amik tapi pasal bertangguh tengah bulan Ogos baru sempat.. & sebelum tu dah ada agent yang dah contact dia ada buat showroom untuk dapatkan basic idea furnished unit untuk sapa-sapa yang nak sewakan furnished.

rental rate unfurnished dalam RM 1,200.00 to 1,250.00
rental rate furnished dalam RM 1,500.00 to 1,600.00
rental rate furnished + aircond dalam RM 1,800.00 to 2,010.00


tapi bergantung kepada pemilik nak sewakan berapa.. aku decidenak sewakan furnished.. jadi dapatla nak cover hutang bank sikit & bayaq maintenance sikit & ada untung sikit.. jadila.. untuk beginner yang baru berkecimpung.. Alhamdulillah.

Block B is in progress

Monday, September 13, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... dan Alfatihah..

Sempena aidilfitri ni aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..

Hari Raya ni aku beraya both family on hari raya pertama.. cuma malam raya tu tidur di rumah family aku.. pagi raya tu mintak maaf & gi semayang raya ramai gila woo kat masjid putrajaya tu.. orang Malaysia, orang Arab, Orang Indon, Bangla, dan bangsa-bangsa lain semua ada... pastu gi semayang jumaat & kendian gerak ke rumah mertua ku pulak.. rumah family dekat-dekat ni senang gak la tak yah nak gi jauh-jauh.. rumah sedara-sedara je yang kat muar johor.. raya kedua zoom bergerak ke Muar, johor.. Dalam bergembira berjumpa dengan sedara mara dan kawan-kawan, ada juga mereka yang bersedih...

dalam berhari raya on the way balik muar tu aku asyik terpikirkan apala nasib Ahmad Kamil, Datuk sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, dan Noorhisham Mohammad, memangla perkara ni menjadi highlight semua oarng sekarang ni.. tapi masa raya kedua tu nasib mereka masih belum lagi diketahui.. jadi aku terpikir.. kalau mereka masih hidup ntah apala nasib mereka masa tu.. ntah masalah apalah yang sedang mereka hadapi sampai tak dapat balik rumah menyambut raya dengan keluarga...

bukan apa.. dulu aku pernah gak la kenal ngan Ahmad Kamil masa belajar kat Universiti dulu.. umur sebaya... belajar masa kat matriks aku rasa adala dalam dua belas tahun dulu.. taklah rapat tapi pernahla gak bersembang kosong ramai-ramai kat bilik masa matriks tu.. orangnya sangat ceria dan senang buat kawan..

tiba-tiba raya ketiga (semalam) dilaporkan pasal mangsa yang hilang dipercayai dibunuh, dibakar dan dibuang abunya.. KEJAM..!! aku percaya semua orang normal sependapat dalam hal ni.. tak terbayang dan tak tersangka aku yang kes Datuk sosilawati berakhir macam ni.. tak dapat aku nak bayangkan perasaan keluarga mangsa.. Alfatihah untuk mereka..

dah sepanjang hari aku asyik terpikirkan menda nih.. tak de mood dah.. takde apa-apa pun yang mampu aku lakukan selain dari Al-fatihah dan simpati.. lebih-lebih lagi perkara ni berlaku dalam bulan ramadan dan syawal.. Arwah Ahmad Kamil tu muda lagi.. ada dua anak kecil.. juga pada Arwah Kamaruddin Shamsudin, dan Noorhisham Mohammad.. masing-masing mempunyai kehidupan yang sederhana.. bukannya orang yang mewah pun.. tak terbayang aku macamana mangsa-mangsa menghadapi saat-saat akhir mereka.. ntah dah berbuka puasa ke belum.. memikirkan anak bini kat rumah yang dah tak boleh nak jumpa lagi dah..

sudahla dibunuh.. jenazah pun tak dapat nak jumpa.. memang kejam dan tak berhati perut.. harap pelakunya akan diadili dan dihukum dengan setimpal..

kepada semua keluarga Allayarham, terutamanya keluarga Kamil.. Takziah dan Al-fatihah, semoga roh-roh mereka bersama orang-orang yang beriman.. Amin...
Seluruh rakyat Malaysia turut bersedih diatas pemergian mereka..

Kalau ada apa-apa tulisan aku yang menyinggung sapa-sapa, aku minta maaf..

Tuesday, August 31, 2010

EEhhhh.. dah abis August... SELAMAT HARI MERDEKA...!!

SELAMAT HARI MERDEKA
Pejam celik.. pejam celik dah Hujung bulan August... hari ni 31 August.. aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka pada sapa-sapa yang bacala blog aku ni... Harap keharmonian negara akan dapat dikekalkan, perpaduan dapat dipertahankan... bukan apa skang ni nampak macah dah ada pihak yang macam nak menggugat keharmonian negara.. jangankan pihak luar.. pihak dalam negara sendiripun dah macam-macam perangai.. aku bukan nak berpihak pada mana-mana parti politikla.. tapi aku harap kalo nak bergaduh & bertekak pun biarla antara pemimpin-pemimpin yang tak matang.. kita rakyat biasa ni biarla bersatu padu dan tunjukkan pada diorang yang kita lebih berhemah dalam menguruskan perbezaan sesama kita...

manakan mungkin kita semua boleh sama pemikiran dalam segala hal.. bak kata pepatah tidur sebantal pun mimpi lain-lain.. sangatlah rugi kalau rakyat berpecahbelah.. tak ada apa pun yang boleh dicapai dengan berpecahbelah.. kuncinya ialah perpaduan.. orang buat business pun biasanya mula-mula maju pasal bersatu.. bila dah ada untung, tamak, dengki & nak lebih tu yang akhirnya jadi berpecah.. bila dah berpecah business ke mana untung pun dah ke mana.. last-last lingkup semua.. artis berkumpulan pun sama gak contoh, mula-mula ok.. nyanyi sama-sama, perform sama-sama bila dah popular, masing-masing nak buat kepala sendiri.. pastu berpecah.. pastu bungkus.. see.. takde pekdahnya nak berpecah... lebih -lebih lagi dalam skop rakyat Malaysia ni.. pada aku.. kemajuan & kemakmuran yang kita capai ni adalah hasil daripada sebuah perpaduan, dan tidak mungkin tercapai sekiranya kita berpecah dan bergolak 53 tahun lepas.. jadi marilah bersatu.. kemakmuran dan kemajuan yang kita nikmati sekarang juga merupakan satu ujian buat rakyat Malaysia, sama ada kita mampu kekal makmur dan terus maju ataupun kita jadi tamak dengan kekayaan dan kemakmuran itu sendiri.. masing-masing mahukan lebih untuk diri sendiri dan akhirnya membawa kepada perpecahan yang mana ia pasti tidak menguntungkan... sekalipun berbeza jangan sampai berpecah..

Ehhh.. panjang pulak aku bebel..


COMPLETED PROJECT

Project Boutique
Status: Done and running Alhamdulillah
Bersyukur sangat. Boutique yang dibuat untuk bini aku dah pun siap dan officially open 1 august hari tu.. maknanya dah bejalan sebulan.. Alhamdulillah sambutan pun agak menggalakkan.. terima kasih kepada customer-customer yang datang memberikan semangat dan sokongan.. memandangkan ni pertamakali kitorang bukak boutique jadi aku percaya banyak kelemahan-kelemahan yang ada, yang mana akan di perbaiki dari semasa ke semasa, thank you..thank you..thank you..thank you..thank you..thank you..thank you..


Project Guang Zhou
Status: Bulan June hari tu dah selesai.. next rancang bulan November, sapa-sapa nak join jom..

Wednesday, July 28, 2010

EEHhhh.. Dah nak abis July dah

pejam celik, dah nak masuk August dah.. makin tua dah aku.. birthday aku 24 hb lepas.. Bulan July ni memang banyak sesangat aktiviti.. aku rasa sangat padat & productive walaupun ada sini sana ruang yang masih bole di pertingkatkan... tak menyempat-nyempat aku nak update blog ni.. okeh ikut turutan.

Project Gi Guang Zhou.
Yang ni nanti aku buat untuk post akan datang, bukan apa.. nak cerita je tapi takde gambar tak sedapla pulak.. pasal gambar-gambar ada kat netbook bini aku.

Project Butik
Status in progress.. Insya'Allah bukak 1 August ni.. basically kerja-kerja dah 80%-90% siap.. tinggal gosok baju susun-susun & tagging je sikit-sikit

Antara kerja-kerja pertengahan.. pasang syiling, pasang tile, pasang partition, buat wiring, plaster
Kerja-kerja kemudian, pasang display rack & cat dinding luar, pasang air-cond dan sebagainya.
Gambar yang dah siap sepenuhnya, nanti aku masukkan bila dah siap.

Project Office
Aku terpaksa concentrate kat butik dulu jadi untuk opis nak make sure jimat, banyak kerja-kerja yang kene buat sendiri.. tak bole nak panggil contractor.. tapi bab partition tu memang panggil kontraktor la.....
yang ni pun sama.. dah bukak butik baru aku focus balik kat ofis.. dah siap nanti aku masukkan gambar... line phone dah apply pun tak dapat-dapat lagi.. apa punya lambat la..

Wednesday, June 30, 2010

Penat but very exciting

OOooowwhh.. dah sampai hujung June.. seperti yang dijangkakan.. bulan ni memang Penat, but exciting.. & far more important is productive..he..he..he..

3 project besar aku, 2 masih lagi berjalan 1 dah selesai..

Project 1
yang dah selesai tu trip aku ke Guang Zhou China. Yang ni serampang 3 - 4 mata.. dah alang-alang pergi tu biar penuh dengan aktiviti berpaedah.. objective ke sana:
  1. Ambil stok baru untuk Butik beg kitorang.
  2. Ambil stok opening untuk Butik baju kitorang nanti (akan dibuka)
  3. bawak rombongan untuk trip business ke Guang Zhou.. pada sesapa yang nak try explore supplier dari china untuk business kat malaysia.. nak tau lanjut sila ke Business Trip
  4. Try ambik barang-barang lain yang bole di experimentkan untuk market Malaysia.
(kalo ikut senarai tu kiranya serampang 4 mata tu)

Project 2
Setup office baru aku di Puncak Jalil
yang ni still in progress lagi.. partition dah separuh pasang, wiring baru masuk.. nak plaster, cat, carpet, pindah barang2 perabot & aircond dan lain-lain lagi... expect by tengah July dah siap.. officially operated 1st August..

Project 3
Setup butik baju.. ceiling dah settle, partition dah separuh settle, tile baru settle, wiring in progress, stok baju, accesories dah amik, manequine dah beli tengah on the way dari china, display rack tengah ditukangkan kat johor(murah & dah biasa) expect tengah bulan july dah semua masuk then tingal nak susun-susun aje.. dan lain lain lagi.. penat tau..

err.. gambar nanti aku masukan..

Thursday, June 10, 2010

June project

Huh.. bulan June ni kalau nak ikutkan agak banyak cabaran yang bakal menambah pengalaman berguna untuk aku (ayat positif ). Kerja-kerja yang akan memakan masa, tenaga dan kos yang banyak juga la untuk pulangan jangka masa panjang.. risiko?? of course mesti ada punya.. tapi dari masa ke semasa aku kene cubala belajar mengurangkan risiko tersebut.. risiko tu sekadar kebarangkalian.. jadi carila apa-apa jalan untuk mengurangkan kebarangkalian itu..

Projek bulan ni..
1. Setup boutique with a minimum cost
2. setup new office
3. Business trip ke China.

hmm... target at least by middle 15 jul everything dah bole settle.. kalau semua ni settle dengan ok aku rasa untuk future project aku bole dapat momentum yang baguss.. kenapa momentum..?? sebab momentum akan menggerakkan sesuatu itu lebih laju.. kannn???

Gambar office & kedai aku tak sempat nak amik plak.. nanti aku uploadkan keadaan kedai & office yang aku tengah setup.. before & after..

ok chau dulu..

Monday, May 31, 2010

Expecting a busy June

Bulan June.. The end year of my company account.. so mana-mana sale boleh pulun, pulun dulu, then prepare untuk setup office baru kat puncak jalil, pindah dari segambut. then nak setup satu lagi retail outlet untuk my next experiment.. dua-dua nak buat dalam bulan june.. kalau aku tanya diri sendiri boleh ke aku buat?? aku lebih sepatutnya tanya kenapa pulak aku tak boleh nak buat??soklan kedua lebih membina aku rasa.. jadi aku pun dah ada jawabannya.. REDAH aje.. buat betul-betul dan buat baik-baik... HUH..

"Capacity is a state of mind" - how much we can do depends on how much we think we can...


Wednesday, May 26, 2010

Menghampiri JULY

Preparing for July; Bulan July akan datang ni aku anggap satu nafas dan keazaman baru untuk perjalanan business-business aku.. Kalau aku tak explain nanti orang cakap aku saja-saja mengada-ngada nak sentimental sentimentol ngan bulan July bulan June pun belom sampai. Sebab apa aku cakap bulan July 2010 ni merupakan satu nafas dan keazaman baru untuk business aku secara umumnya ada 4 sebab utama:

  1. On July, Wife aku secara officialnya dah berenti kerja untuk full time (Work At Home Mum) WAHM... err.. dia sendiri yang suka Job Tittle ni.
  2. Birthday aku bulan July, jadi secara officialnya umur aku baru meningkat pada bulan July... he..he..he...
  3. Aku akan berpindah ke office baru officialnya bulan July ni.
  4. Sebab paling utama sekali ialah memang fiscal year company aku sampai hujung bulan June. jadi kira setiap 1st July tu baru masuk tahun baru untuk company aku.. reason; aku malas nak sibuk-sibuk prepare document atau filing masa orang lain pun tengah sibuk bulan January.
Harap-harap untuk tahun baru ni.. minda aku akan lebih terbuka, menjadi lebih positif, ilmu makin bertambah.. business-business aku akan lebih berkembang dan sentiasa diberkati Allah.. segala urusan akan lebih dipermudahkan...

Ada beberapa planning dan experiment yang dirancangkan untuk tahun akan datang ni... Basically aku ada beberapa pendapat tentang idea, bila kita ada idea tentang sesuatu perkara, kita takkan tau idea tu betul-betul bagus selagi tak dilaksanakan... jadi, aku rasa adalah baik jika beberapa idea yang kita ada tu dilaksnakan.. kalau kita tak cuba kita takkan tau.. kalau tak cuba banyak cuba sikit dulu.. sebahagian yang aku dah cuba menjadik... sebahagian yang lain perlukan tindakan lanjut..

Semoga business-business aku akan menjadi lebih maju..



Monday, May 24, 2010

Baca buku

Last week delivery dah ke branch customer dah buat.. tak banyak tempat pun kali ni, Perlis, Kedah, Kelantan ngan Melaka.. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.. nak kejarkan & settlekan minggu ni punya hal pulak..

Nak cerita pasal baca buku pulak... sebenarnya aku ni agak skeptical kalau bab beli buku ni, pasal pada pendapat aku sesetengah penulis buku ni just buat buku pasal nak dapat duit.. jadi tajuk yang dia letak tu pun catchy, rupa yang chanteq, jadi orang pun tertarik nak beli.... bila baca isinya takla seberapa.. kadang-kadang nampak macam copy & paste tah daripada mana-mana... jadi, disebabkan aku ni tak pandai nak cari buku yang bagus, aku beli buku-buku yang well recomended by kengkawan, Audio CD atau yang buku murah yang aku rasa kalau kurang isi pun aku tak rugi. Jadi bila dah beli buku... bukakkan hati, niat nak dapatkan ilmu pengetahuan, dan... bacalah..

Aku target nak try baca buku at least 1 biji sebulan.. maklumlah aku ni bab baca membaca agak perlahan sikit.. jadi satu-satu buku tu mungkin aku perlu amik masa sebulan.. bulan ni aku dah abis baca satu buku yang sangat menarik, tajuknya "How to Win Friends & Influence People", versi bahasa Melayu pun aku ada perasan di MPH, jadi mungkin buku ni memang popular. Aku bukan nak menunjuk aku ni bagus sangat rajin baca buku ehh.. .. saja je nak share, bukan untuk orang lain tapi untuk aku sendiri gak.. bila-bila aku dah terlupa isi buku tu nanti aku refer balik dia punya isi penting dalam blog ni..




"How to Win Friends & Influence People"

Part One: Fundamental Techniques in Handling People
  1. Do not criticize, condemn or complaint
  2. Give honest & sincere appreciation
  3. Arouse in the other person an eager want.

Part two: Six ways to make people like you.
  1. Become genuinely interested in other people
  2. Smile
  3. Remember that a person name is to that person the sweetest and the most important sound in any language.
  4. Be a good listener. Encourage others to speak about themselves.
  5. Talk in term of other person's interest.
  6. Make other person feel important - and do it sincerely

Part three: How to win people to your way of thinking.
  1. The only way to get the best of an argument is to avoid it.
  2. Show respect for the other person's opinions. Never say, "You're wrong"
  3. If you are wrong, admit it quickly and emphatically
  4. Begin in friendly way.
  5. Get the other person saying "yes,yes" immediately.
  6. Let the other person do a great deal of the talking.
  7. Let the othet person feel thet the idea is his or hers
  8. Try honestly to see things from the other person's point of view.
  9. Be sympathetis with the other person ideas and desires.
  10. Apeal to the nobler motives.
  11. Dramatize your ideas.
  12. Throw down a challenge.

Part four: Be a leader; how to change people without giving offence or arousing resentment.
  1. Begin with praise and honest appreciation.
  2. Call attention to people's mistakes indirectly
  3. Talk about your own mistake before critizing teh other person.
  4. Ask questions instead of giving orders
  5. Let the other person save face.
  6. Praise the slightest improvement and praise every improvement. Be hearty in your approbation and lavish in your praise.
  7. Give the other person a fine reputation to live up to.
  8. Use encouragement. Make the fault seem easy to correct.
  9. Make the other person happy about doing the thing you suggest.
buku ni amat menarik, dan aku rasa ada banyak interpersonal skill yang aku boleh apply base pada apa yang aku baca daripada buku ni.. harap banyak yang diri aku bole improve...
ok chou dulu....

Tuesday, May 18, 2010

Business & ragam

Minggu ni planning nak deliver barang-barang customer aku untuk branch outstation.. kali ni tak berapa banyak tempat sangat tapi pasal dah ada tempat yang memerlukan barang tu cepat jadi alang-alang tu hantar yang lain-lain sekalila... customer pun bole jimat kos untuk transport...

Barang yang aku supply ada dua jenis, kerusi pejabat & meja dua dua dari supplier berbeza, cuma ada hickup sket pasal ada misscomunication ngan salah sorang supplier aku (yang supply meja).. dia kata barang dah siap.. tapi bila aku double check barang yang dah siap tu bukan barang yang urgent yang aku nak.. jadi kene lah hantar kemudian..(kemungkinan aku kena hantar sendiri pasal aku dah arrange transport keluar hari ni, untuk hantar kerusi) nasib baik meja tu tak banyak..

ada kurang efficient sikitla untuk batch delivery kali ni.. tapi yang penting cari jalan untuk selesaikan masalah yang timbul & make sure customer happy..

my customer... are you happy??? teruskan order daripada syarikat kami... kalau bole semua barang pun beli dari kami... he..he..he..(ketawa tamak)

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Kelmarin hari guru.. jadi aku mengambil kesempatan ni nak ucapkan selamat hari guru pada semua guru, samaada guru rasmi atau guru tak rasmi...

"SELAMAT HARI GURU"

Saturday, May 15, 2010

Bidang Hartanah

Semalam, jumaat aku jumpa dengan sorang sifoo hartanah, asalnya aku suka & sealu baca blog sifoo nih.. then aku start cuba contact dia.. & Alhamdulillah sifoo ni walapun sangat berpengalaman dalam hal hartanah dan aku pun percaya dia nih seorang hartanahwan.. masih sudi beremail, sms dan seterusnya jumpa aku yang baru nak belajar pasal hartanah ni..knowledge aku pasal hartanah ni kalau nak diikutkan zero, telur ayam, sifar, yilek... hartanah pun buat masa nih tak ada.. yang ada pun tanah dalam pasu, itupun kering tak berpokok (dulu tanam pokok, tapi mati pasal aku selalu tak ada kat rumah)



Aku sangat-sangat berterima kasihla kepada sifoo ni.. pasal banyak knowledge dan pengalaman yang dia sharekan.. hopefully lepas nih bole selalu jumpa bagi menambahkan lagi pengetahuan aku pasal hartanah ni dan seterusnya melibatkan diri dalam bidang ni.. semalam pun kitorang borak-borak pasal bidang masing-masing, aku pun dapat lebih membuka minda dan pemikiran aku dengan benda-benda baru...



to the sifoo; thank you very much.. kalo senang next week kita main badminton pukul angin, sampai hangin satu badan..ha..ha..

Tuesday, May 11, 2010

Business dan idea



Kalau ikutkan sapa sapa pun pasti ada idea untuk buat business.. tapi yang membezakan bagus atau tidak idea kita tu, buruk atau canthekk idea kita tu ialah perlaksanaannya... kalau ikutkan idea aku dari dulu sampai sekarang berjela-jela, dan kala dilaksanakan semuanya maunya aku dah jadi juta-jutawan.. har..har..har.. tapi macam aku cakap tadi tula..

P.E.R.L.A.K.S.A.N.A.A.N
ataupun
I.M.P.L.E.M.E.N.T.A.T.I.O.N


idea bagus macamanapun.. hebat macamanapun.. orang paling kaya kat dunia bagi idea tu pun, kalau tak dilaksanakan serupa macam zero, kosong, telur ayam, yilek, takde ape-ape.. jadi samala kes macam aku ni.. hu..hu..hu.. idea banyak.. tapiyang terlaksana beberapa sahaja, kira bolela.. adela sedikit daripada idea dijalankan dan dieksperimenkan.. dan ada yang menjadik dan ada yang terpaksa diketepikan.... biar idea tu sikit tapi perlaksanaan tu ada.. sekadar pendapat aku jer...

antara business yang aku eksperiment dan ok;
  • business office furniture (trading & banyak ngan govt.)
  • business corporate gift (trading & banyak ngan govt. + private)
  • business handbag (retail open market)
antara business yang aku eksperiment dan kurang menjadi;
  • business thumbdrive
  • business handsfree set
  • business tie set
business aku ni kategori kecik-kecik je.. cukup-cukup makan walaupun dah hampir 5 tahun... tapi sedang berusaha untuk diperkembangkan lagi.. harap-harap ok..

Monday, May 10, 2010

Celebrate birthday

Nothing much on celebrating my wife birthday. Just a luch treat at sunway.. (memang aku tak pandai nak celebrate-celebrate birthday nih..) nama restaurantnya Bubba Gump. Tema restaurantnya ikut tema movie forest gump..

makanan quite okla.. banyak menu shrimp, aku pun dah tak hengat apa nama menu-menunya.. makanannya seperti dalam gambar tu..

hmmm.. yummykan..? abis naik kolestrol aku..

Thursday, May 6, 2010

Birthday isteri aku

Ehh.. Tak cerita pulak.. Hari ni birthday isteri aku.. Memandangkan dah seharian aku kat kedutaan indonesia, sampai rumah pun dah petang.. Nak celeberate 'yo yo Oo' mlm ni nak keluarkan stok baru pulak untuk kedai aku.. Hmm.. Tak sempat ni.. Jadi.. "jom kuar kita gi kedai, kalau sempat kita dinner mana-mana.. Besok i blanja u lunch sempena birthday"

Kitorang gi kedai.. Display mana-mana barang baru, then kul 11.30mlm baru setle, gi menum kat kopitiam kat bangi.. Sempena birthday isteri aku..

"happy birthday.."
(hadiah nanti dlu ye..)

Wednesday, May 5, 2010

Renew passport maid

Fuhhh.. Hari ni pagi buta dah bangun.. Siap-siap nak hantar maid ke kedutaan, maid in law pun nak renew sekali, so alang-alang pergi la sekali.. Pada sapa-sapa yang tak tau kat mana kedutaaan indonesia, locationnya di jalan raja laut.. Berhadapan rhb bank.. Kalau dari arah jalan ampang bangunan dia belah kanan.. Kene pusing U turn kat bulatan kampung pandan.. Parking; susah woo.. Kat sebelah kedutaan ni ada gak parking tapi penuh dah mahal... Dah sampai orang punyala ramai.. Ni masa aku tulis ni waktu menunggu la ni.. Dekat 80 orang..mungkin korang kata " alah.. 80 orang bukan banyak sangat, biasa la tu.." haa.. 80 orang tu que untuk submit borang application dengan surat kontrak.. Lepas submit que lagi dengan nombor giliran yang sama untuk buat bayaran & submit passport lama.. Lepas tu que lagi untuk amik passport pulak.. Nak lagi best, time lunch hour kaunter tutup pulak.. Amacam.. Dari aku sampai lebih kurang kul 9.30 pagi.. Dapat passport kul 5.45 petang.. Seharian suntuk aku kat sini.. Ha..ha..ha..

Hmm.. Aku rasa aku ada nampak Acha Septriasa kat sini sekali.. Renew pas pelajar kot..

Monday, April 19, 2010

Business & Misai

Hmmm.. Walaupun aku ni buat business tak bermakna aku ni dapat dok senang lenang macam businessman or businesswomen yang lain. Biasanya impression oraang bila kata buat business.. wahhh.. senang la dia tu.. banyak duit la dia.. mesti kereta besar... rumah besar.. hakikatnya: orang yang berniaga ni tak semestinya senang sangat.. tak semestinya banyak duit.. tak semestinya kereta besar.. rumah besar..walaupun pada aku.. business ni jalan yang terbaik.. tetapi cabaran-cabarannya pun banyak.. ada yang cepat naik, ada yang lambat naik, dan ada juga yang tak naik-naik.

Untuk business aku.. kira tahap biasa-biasa sajala.. cukup makan.. dari segi mula start pulak.. ha..ha.. kat sini ada beberapa interesting story yang aku bole share..

masa mula-mula aku start buat business ni kira-kira 4-5 tahun lepas, masa tu umur aku dalam 27-28 tahun.. muka aku agak ke anak-anakan sikit jadi selalu la customer-customer government tengok pelik je kat aku.. dialog yang ada kalanya terkeluar "awak ni baru abis SPM ke.."," ni business awak sendiri ke"... customer aku masa tu nampak kurang konfiden.. jadi bagi mengatasi masalah first impression ngan customer aku pun bela la misai.. biar nampak macam berumur sikit.. aku buka suka ada misai.. malas nak trim.. tapi lepas tu customer-customer baru aku agak lebih yakin nak mempertimbangkan untuk bagi job.. aku nak dapat job bukan senang.. bukan nya aku da contact yang bagus-bagus dalam jabatan kerajaan atau sekolah-sekolah. Job yang aku ambik pun kecik-kecik je.. tapi once dapat aku try seberapa boleh untuk deliver sebaik mungkin. lama kelamaan customer pun bertambah yakin dan job yang dapat pun agak berterusan. Alhamdulillah..
(skang dah tak payah ada misai lagi dah... he..he..)








atas ni gambar hiasan je ye.. aku nye misai takla sampai macam ni..

Sunday, April 18, 2010

WOW lama gilerrr aku tak update..

WAH.. lama betul aku tak tulis blog nih.. dari bulan lapan sampai bulan empat skang nih.. fuhh..tapi tak kesahla orang bukan baca pun.. aku yang baca sendiri, aku pun bukan jenis yang suka bercerita sangat ni.. aku terpikir gak nak buat blog atas nama sendiri tapi pkir-pikir balik, lagi senang kalau aku maintain macam ni lagi senang aku nak bercerita tak ohopefully tak offend sesiapa dan orang pun takdela nak pikir aku bukan-bukan kan.. since orang tak kenal tu yang aku jadi rajin sket nak tulis blog ni.. dari bulan lapan tahun lepas sampai sekarang ni dah macam-macam benda dah..

family:
wife aku deliver anak aku yang ke dua (boy) bulan 12 hari tu Alhamdulillah. sampai ke skang kira anak aku yang kedua dah nak masuk 5 bulan. wife aku pun nak quit kerja, try buat business gak & spent more time with family.

life:
still adjusting dengan kehadiran anak yang baru ni.. dari segi rutin jagaan. Aku hantar ke rumah parents aku & parents in law aku.. don't get me wrong ye.. aku hantar ngan maid sekali.. bukan bertujuan untuk membebankan diorang untuk jaga anak-anak aku tapi supaya anak-anak aku nanti close ngan diorang ngan mak sedara, bapak sedara diorang nanti.. lagi pun both parents rindu kat cucu.

skang ni aku agak rajin baca buku (tak la rajin sangat.. tapi compare ngan tahun2 sebelum ni seketul buku pun susah nak baca) sebabnya.. nantila kot aku postkan reason aku terjadi rajin baca buku ni..

business:
business aku jalan macam biasa.. cume sibuk dari segi macamana nak kembangkan business dan tambahkan pendapatan.. kalau ikutkan ada dua tiga business yang aku experiment dari awal penglibatan aku.. dan sebahagian daripada experiment ni boleh di teruskan sebagai main business dan sebahagiannya masih dalam experiment lagi. nanti akan datang aku try sharekan apa yang aku dah experiment dan apa resultnya.

financial:
- ok la.. ada sedikit improvement & information classified -

health:
pun aku rasa okla except belakang aku ni kekadang ada rasa sakit, harap-harap sakit biasa je.. and sekarang rutin every week aku main badminton 1 ke 3 kali seminggu 2 jam lebih kurang each session. kalau main memang basah lencun baju & seluar aku.. main tak seberapa je.. hopefully this activity will keep me in good health.. & can reduce my cholesterol level (aku dah lama tak check). furthermore having a productive activity with my friends daripada melepak kedai mamak.. menum teh tarik (which is not good for health) makan roti canai or mee goreng (kasi tambah kolestrol 2 -3 kilo setahun)...kan..

sekian untuk kali ni.. rajin nanti aku post lagi..