Pages

Sunday, February 27, 2011

Air, Paip Air dan Tangki Air....

mari kita bayangkan.. wang sebagai air.. aku rasa ramai je anggap duit ni macam air.. laju je duit keluar, macam air keluar dari paip...

oleh itu....


untuk mendapatkan banyak air kita perlukan tangki air dan kita alirkan air melalui paip ke dalam tangki itu... dari masa ke semasa air dalam tangki tu akan meningkat.. dan dalam masa yang sama kita pun ada menggunakan air untuk keperluan harian.. betull..?? takkan simpan aje tak gunakan langsung.. jadi gunakan secara berhemah supaya kita boleh menyimpan air..

bila air masuk dan air yang kita guna sama banyak, itu yang kita jadi tak menyimpan air.. masa nak pakai buat kenduri ke, masa kecemasan ke, masa cirit-birit ke, kan ke susah kalau tak ada air..

bila kita menyimpan air, dari masa ke semasa air tu akan bertambah, jadi kita ada bannyyaakk la jugak air untuk kegunaan masa depan.. tapi untuk mempercepatkan lagi air dalam tangki tu penuh kita kena dapatkan multiple sources of paip air.. jadi dengan menambah paip sumber air itu kadar simpanan air dalam tangki pun lebih cepat meningkat.. dan air pula kita gunakan pada kadar keperluan, kalau perlu keluarkan air pun seberapa boleh dengan tujuan untuk menambahkan bilangan paip air.. contohnya kita jual air tu untuk membeli paip baru, supaya simpanan air kita bertambah..


konsep air, paip air & tangki air ni aku aplikasikan dalam hal-hal pengurusan keewangan aku.


amacam..?? boleh terima ke konsep di atas..

-chau-

Monday, February 7, 2011

Beginner yang merangkak


Skang ni kalo cerita pasal rumah ramai yang mengeluh rasanya berkenaan arahan BNM mensyaratkan hanya 70% dibenarkan untuk pembiayaan rumah ke-tiga dan seterusnya..

Sekadar hiasan

Rumah buat pelaburan... bukan bermaksud aku ni banyak rumah.. tapi syarat tu aku rasa agak membataskan langkah aku selaku beginner untuk melibatkan diri dengan rancak dalam arena property ni.. aku yakin ramai kengkawan kita yang dah lama berkecimpung dalam permainan property sempat dapat kumpul banyak rumah dengan pembiayaan 90%.. rezeki diorang..

bukan tak boleh kalo nak main dengan funding 70%, cuma kalau kita buat investment modal yang diperlukan adalah lebih besar berbanding dengan funding 90%..

tapi kalau ada semangat, ada keinginan boleh je... carila jalan macamana pun kan..??

ni aku dok tengah tunggu properties dalam proses.. tak semuanya straight foward.. but hopefully semuanya ok dan berjalan lancar..
jalan nak senang ni bukannya senang, bukannya pasti, bukannya satu jalan, bukannya clear macam highway baru siap (dan tak jem).... tapi kalau ada usaha, hasilnya Insya'Allah berbuah..


-amin-

Thursday, February 3, 2011

Kita sentiasa berkembang..?

Tengah hari tadi aku pergi ke satu kedai mamak belakang warta bangi.. Ada keje sket kat butik.. Kedai mamak ni baru je di renovate, cantik.. Hmm bertambah maju restorant ni.. Aku order naai goreng kampung 2 bungkus..

Sementara tunggu aku, dok pikir, pada norma kehidupan aku rasa semua benda berkembang, manusia lahir dari kecik menjadi besar, pikiran manusia daripada tak tau apa-apa jadi berpengetahuan.. Teknologi berkembang.. Manusia dari seorang, berkahwin jadi berdua, beranak jadi bertambah lagi manusia.. Budak masuk sekolah meningkat dari darjah satu sampai ke tingkatan lima, lepas tu ke universiti dan sebagainya.. Dah kerja mula-mula kereta kecik pastu naik gaji, berkembang ke kereta besar, rumah besar, bini besar...

Jadi..

Secara normalnya aku lihat semua aspek kehidupan umumnya berkembang.. Cuma kadar perkembangan dan jangkamasa yang membezakan dari seorang dan orang yang lain.. Kalau lebih usaha seseorang itu untuk berkembang maka biasanya lebih cepatlah dia berkembang..

Jadi aku rasala.. Kalau kita nak buat apa-apa pun , bilamana kita terasa mungkin apa yang kita nak buat tu mungkin tak menjadi.. Kita teruskan aje.. Sebab aku rasa apa-apa benda baik yang kita nak buat.. Baik berniaga ke (aku sebenarnya lebih tengok pada aspek berniaga).. Tukar kerja ke.. Menuntut ilmu ke.. Nak pergi masjid ke.. Call member ke.. Bukak akaun asb ke.. Cari kawan baru ke.. Attend seminar ke.. Atau apa-apa jugalah.. Semuanya ada potensi yang besar untuk berkembang dan berjaya..

Dan aku rasa kebarangkalian untuk berkembang dan berjaya sebenarnya lebih banyak daripada kebarangkalian untuk gagal.. Jadi jangan risau..

Waktu aku tulis ni pun dah pukul 4:30 am, jadi maafkan aku lah kalau ayat aku di atas ni merapek meraban..

Sekian
wassalam.. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 2, 2011

Apa itu kejayaan...?

Aku pun tak tau apa itu kejayaan ... korang bagitau aku.. lepas aku baca blog member aku nih tajuk dia "kejayaan itu subjektif" aku pun agak tertanya-tanya apa itu kejayaan.. sebenarnya selalu pun aku terpikirkan soalan ni.. cuma kali nia aku nak lontarkan ke dalam blog aku..

bila agaknya korang akan cakap "ya.. aku dah berjaya"... terpulangla sama ada cakap dalam hati je ke atau cakap kuat-kuat..

bila mana masa kecik-kecik dulu kita belajar rajin-rajin dan dapat keputusan UPSR cemerlang.. kita dah berjaya??

bila kita dapat keputusan SPM yang baik dan dapat masuk university.. kita dah berjaya??

bila kita dah dapat apa kerja yang kita nak ... kita dah berjaya..??

bila kita dah kawen kita dah berjaya..??


hmmm... nampak macam kejayaan ni kena sentiasa berterusan.. selepas satu kejayaan.. kita cuba capai satu lagi kejayaan.. jadi dalam tempoh nak mencapai dari satu kejayaan ke satu kejayaan yang lain, sudah tentu banyak cabarannya..

jadi mungkin pada sesetengah kita terhenti pada satu tahap kejayaan dan terlalu gembira sehingga lupa nak kejar kejayaan yang berikutnya.. contoh macam kita dah berjaya dapat keputusan baik dalam SPM dan masuk universiti dan kita pun berkata pada diri sendiri " ya.. aku dah berjaya".. lepas tu kita hu..ha..hu..ha.. tak berusaha untuk dapat keputusan yang baik.. akhirnya tak jadi berjaya juga.. tapi jalan untuk berjaya sentiasa terbuka kan...?? kalau dah terkantoi kat university.. kita sedar cepat dan kita usaha lagi dengan lebih baik, mungkin masuk kolej atau universiti lain.. atau mungkin cuba belajar dan bekerja dengan dengan gigih.. ataupun berniaga.. mungkin kita juga akan jumpa kejayaan yang lain.. mungkin kejayaan yang tak sama dengan kengkawan sebaya kita tapi... mana ada orang yang sama pun level kejayaannya..

kejayaan itu objektif .... dan subjektif...

Anyway, aku bukanlah orang yang betul nak bercerita tentang kejayaan, pasal banyak lagi kejayaan yang belum aku capai.. dan aku semakin kesuntukan... i am getting old..

Gegambar IpadK

Ni ha gambar IpadK yang aku kecoh-kecoh sangat tu.. kecik je.. senang nak bawak ke mana-mana, siap ada cover lagi.. application boleh downlod macam-macam, tapi microsoft words ke excel ke tak de la.. aamacam ok??



-asta lavista-BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop