Pages

Wednesday, January 19, 2011

Pakai Ipad kokak..

Ni aku masih lagi dalam mood testing Ipad kokak ni.. dah untuk makluman IpadK ni menggunakan OS android.. jadi apa-apa software yang OS android boleh download, IpadK aku ni pun boleh download gak... IpadK akuni siap ada keyboard + casing lagi.. Sangat WOW.. kan..

Ni aku download software Blogger Droid & try update blog pakai software ni.. seronok-seronok... he..he...

Miintak tolong jangan cakap aku berlagak pakai IPAD, kan aku dah cakap aku pakai IpadK (Ipad Kokak)... yang buat aku seronok tu pasal harga dia murah.. kalau kat Malaysia RM 400++ dapat beli handphone apa ya...??? Ni bole access internet, boleh download application, bole baca e book dan boleh lain-lain lagi.. ni bukan promote ye.. harga yang aku tulis tu harga kos sebenar.. aku tak letak mark-up sebab aku memang tak menjual barang ni... aku berniaga barang lain.... tapi kalo sapa-sapa nak pesan korang markup la sendiri untuk aku... he..he...

Barang harga macam ni mintak jangan nak expect macam ori la kan..

-chau-
Published with Blogger-droid v1.6.5

Bermain dengan toy baru

Ha..ha.. testing-testing... aku sedang mengetest toy baru aku ni.. rupa macam Ipad tapi harga macam handphone harga rm 400... memangla tak se best yang original Ipad tapi dari segi penggunaan bole masuk internet, bole email, boleh download pelbagai application.. bagi aku dah mantap gila..

Best.. best..

Nanti aku masukkan gambar kat dalam blog ni.. skang dah tenga malam.. dah ngantuk.. ni saja-saja test jer..

Ok chau dulu.. huarghhh...ZZzZZZZZzzz....

Monday, January 17, 2011

Apa yang awak nampak,,?

Saya lukis satu titik pada satu kertas photocopy A4 brand IK dan saya tanya awak... Apa yang awak nampak..?


Awak A: nampak titik hitam la.. (apa kene mamat sesibu ni tanya soalan merapu ni..?)
awak B: hmmm.... nampak titik hitam, hmmm tapi macam tak berapa bulat... kenapa ko tanya..?
Awak C: ni ko lukis taik lalat ke..?
Awak D: kroh..kroh....(malas aku nak layan)

aku rasa kebanyakan orang akan jawab macam tu la.. sama la gak ngan aku.. jadi kat sinila isu aku.. (aku cakap pasal aku ye.. bukan orang lain..)..

aku nak di bentangkan kertas A4 kedalam bentuk kehidupan atau bentuk orang,

sama la jugak pada kebanyakan masa aku termelihat orang pada titik hitamnya.. bukan pada putih yang lebih banyak dan lebih besar dari titik hitam itu.. pada kebanyakan masa manusia tu tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.. yang mana kadang-kadang dia sendiri pun tak perasan.. jadi orang macam aku ni selalunya terpandanglah pada kesilapan mereka berbanding dengan kebaikan yang lebih banyak ada pada orang itu.. dari masa ke semasa aku cuba memperbetulkan pandangan macam ni pada orang lain, ya semua orang buat salah.. tapi tak bermaksud bila dia buat salah dia langsung tak ada kebaikan.. (err... penjenayah berat, dah kira bukan titik hitam lagi ye.. dah kira kertas tu warna hitam),

jadi aku harap aku dapat lebih melihat kebaikan orang daripada kesilapan orang.. sebab aku pun banyak buat silap..

err... jap aku baca balik apa aku dah tulis kat atas...

hmmm... merapek lagi...

-adios-

Monday, January 10, 2011

Waduhhh.. susahnya berniaga...

Haa... complen...complen.. apa yang susah..?!! yang ko mengada-ngada nak berniaga sapo suroh.. Ha..ha.. padan muka ko.. kerja makan gaji kan senang.. tiap-tiap bulan dapat gaji.. tiap-tiap tahun dapat increment.. dapat bonus.. haa.. kan lagi senang..

ceh.. buat drama pulak.. ha..ha..

pada aku buat mana-mana pun samaada berniaga atau bekerja ada aje cabaran-cabarannya.. nak cerita susah.. kerja makan gaji pun bukannya semua senang... nak ikutkan banyak lagi orang-orang susah kat luar sana.. jangankan nak kerja, tempat nak tidur pun silap-silap takde.. jadi kalau aku la( ni cakap pasal diri sendiri, bukan pasal orang lain) ada masanya rasa susah nak jalankan business.. susah nak dapat order.. susah nak layankan customer.. penat gila buat business dan sebagainya.. sepatutnya aku tengok balik, depan, belakang, kiri kanan, atas, bawah, banyak lagi orang-orang yang lagi susah daripada aku (memangla orang yang pun banyakkkk gak) ada orang nak cari kerja susah, nak berjalan-jalan susah, nak makan pun susah, ..



Jadi.. En AKU,
silalah bersyukur.. sepaling tidak En. AKU masih boleh lagi menjalankan business walau pun secara skala kecil.. masih lagi customer call untuk order barang-barang keperluan pejabat, masih lagi penyewa bayar sewa rumah... masih ada customer yang masuk ke kedai.. Jadi En. AKU perlu mengenepikan rasa susah itew dan sentiasa berusaha.. bak kata motto sekolah high school Muar "usaha bukan kata", jalan nak success ni banyak jalannya, tengok jalan mana yang kita pilih, tak boleh jalan ni kita ikut jalan lain, jalan lain tak berapa jalan try cari jalan lain lagi..

Dah jumpa cara baik teruskan, kembangkan.. kalau ada rezeki cari lagi jalan untuk busines lain pulak.. kan..

OK... Sebelum aku merapek meraban tak terkawal baik aku babai dulu..

worait chou dulu..

Baru nak cerita pasal tahun Baru 2011..??

Orang lain jejak 1 January je dah bercerita tentang tahun baru, azam baru, cita-cita baru dan sebagainya.. he..he.. aku biasala.. selow sikit.. sekarang baru nak bercerita pasal tahun baru... aku pun tak banyak beza ngan orang-orang lain, aku pun ada target gak untuk tahun baru ni.. tahun lepas nak kirakan agak tercapai gakla apa yang ditargetkan.. especially dari segi, business & property err.. dari segi lain.. kira okla gak..

tahun ni anak sulong aku masuk school, Alhamdulillah... aku hantar child school kat Kinrara.. hmmm.. pengalaman pertama ni, exited gak, silap-silap aku yang terlebih excited dari bebudak kat school tu .. seronok tengok anak aku masuk sekolah & berkawan2 ngan bebudak lain.. semoga anak-anak abah akan jadi anak-anak yang soleh, dan beriman, serta mentaati dan menghormati abah & ibu ya..

tahun ni aku harap businesses aku akan bertambah cawangan dan berkembang.. januari ni nampak macam ada quite good sign.. ada new customer yang dah mula order barang.. Alhamdulillah.. disamping tu plan aku nak involve dalam property pun aku dah mula nampak jalan sikit-sikit.. ni banyak belajar dari pengalaman-pengalaman kengkawan yang rajin bermain & invest dengan property... hopefully aku pun boleh gak berjaya macam mereka-mereka..

Tuesday, January 4, 2011

December: continued...

Apa lagi aktiviti disember aku nih... oh ya.. bercuti ke Langkawi.. hmm buat sekian kalinya aku family sebelah aku bercuti full corum.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar & sangat menarik, tahun 2011 ni boleh plan bercuti lagi..

then aku join satu seminar yang pada aku sangat bagus.. seminar tersebut berkenaan dengan hartanah anjuran tuanbri banyak maklumat-maklumat yang aku dapat, dan banyak gak kenalan-kenalan baru yang aku kenal.. Seminar tu membuka mata aku tentang hartanah ni.. so lepas ni kalo aku ada apa-apa kemusykilan pasal property ni banyak orang boleh aku rujuk.. hasil daripada group ni kitorang dipecahkan kepada beberapa group yang bertujuan untuk keluar dan mempraktikkan urusniaga hartanah.. dan aku agak bernasib baik sebab dalam group aku ni ada sorang yang dah memang berpengalaman dalam bidang hartanah ni saudara Syahman.. jadi banyak yang aku dapat belajar daripada pengalaman dan resources yang dia ada.. Veryy good.. agak penuh gak la kepala hotak aku ni dengan maklumat-maklumat baru dalam bulan december ni tak rasa sangat buang masa.. bak kata orang tak rugi if you invest in yourself.. kannn..

lagi..

lepas je seminar tu selang sehari aku ke China pulak.. macam biasa.. amik stok ubtuk butik bini aku kat Bangi.. masa aku pergi hari tu musim sejuk.. bbbrrrr.. syok gak la.. untuk aku yang datang dari negara musim panas/hujan.. aku ke sana 4 hari 3 malam dengan wife aku sekali (dia yang pilih pun, aku bukan tau sangat Fesyen pompuan nih..)

yang menariknya kat Guang Zhou, China ni.. setiap kali aku pergi aku belajar benda baru, perkataan baru.. nak berurusan dengan orang China ni tidaklah begitu mudah, diorang tak banyak yang boleh cakap english.. kadang-kadang aku maincakap bahasa melayu je.. sebab kalo cakap orang putih pun bukan diorang paham.. tapi dari semasa ke semasa aku dapat belajar bagaimana nak lebih berurusan dengan lebih economic dan efficient..

balik semula ke malaysia hari tu 31 december malam.. kira detik 1 januari 2011 tu aku sedang berada kat angkasa raya, sampai malaysia kul 1.30 am 01/01/2011..- Selamat Tahun Baru -

Sunday, January 2, 2011

Am I so reserved.. ?? (err.. betul ke ayat nih?)


Hah.. dah terlepas December.. tak update apa-apa pun untuk bulan december hari tu.. bukan apa.. aku ni bukanlah blogger yang tegar dan lagi satu aku agak kurang gemar untuk bercerita tentang aku.. aku lebih gemar baca atau dengar cerita orang.. dan kalau boleh stay below radar.. lagi pun bukannya ada apa-apa yang menarik sangat untuk aku ceritakan... jadi tu sebab aku agak berbelah bahagi untuk menulis..

Tapi...

memikirkan satu hari aku boleh baca balik blog aku nih... tengok sendiri progress aku atau mungkin anak-anak aku boleh baca dan menjadikan rujukan ker.. atau apa-apa juola lah jang.. aku rasa aku tulis jela ekk mana-mana sempat...

cerita december

"hhmmmmm...... eh aku tak ingat.. "
"ha, tu la.. kalau tak update memang la cepat lupa.. "

hari tu kan aku ada distribute flyers kan.. ha.. so far sambutan bulan 12 sangat menggalakan.. dan teknik distribute flyers ni akan dijalankan dari semasa ke semasa..

aku ada cerita ke untuk business furniture aku nak try jual open market products.. oppss.. macam tak ada.. (aku kan bukannya rajin nak bercerita).. ok, ada 1 product yang aku jual.. nama dia boltless rack.. ha.. yang kat bawah ni..

amacam.. menarik..?? ha tak menarik pun.. barang biasa-biasa je..

haah.. barang ni bukan barang yang pelik sangat.. tapi sangat menjimatkan masa & ruang.. macam kat stor korang tu kalo dah berserabut sangat sesuaila pakai rack ni.. senang pasang dan susun je barang korang yang melambak-lambak tu... lagi satu.. kan kalau kat apartment ada ruang cuci baju tu kan.. biasanya korang letak penyapu, penyodok sampah, sabun baju, sabun lantai, dan sebgainya dekat situ kan..?? dengan adanya boltless rack ni korang dapat lah nak save space sikit kan.. apartment bukannya besor sangat nak letak barang banyak-banyak.. jadi boltless rack ni dapat sedikit sebanyak membantu mengurang masalah ruang yang ada... betull takk..? jadi untuk product kegunaan rumah ni aku nak lebih fokuskan pada produk-produk penjimatan ruang yang praktikal.. mottonya ialah :

" love your home & appreciate your space"

ni aku design flyersnya... belum distribute lagi.. plan distribute January... tapi hari tu ada gak aku masukkan kat website business aku dan dah ada pun orang order.. siap guna untuk bilik server lagi... harganya murah je.. RM 125.00 siap penghantaran ke Bukit Jalil, Puncak Jalil, Bangi, Putrajaya dan kinrara.. ha.. siap pasangkan lagi.. murah woo..

aktiviti december to be continue....