Pages

Monday, April 18, 2011

Banyak benda boleh belajar

Ting tong, ting tong dah dekat dua bulan aku tak update blog.. biasala kalao dah nama pemalas tu.. tak yah nak bagi alasan-alasan lain, sibukla itu la ini la..

hari tu aku ada cerita pasal beginner yang merangkak, pasal pelaburan dalam property.. untuk pembelian rumah yang ke-3 dan seterusnya pembiayaan adalah sebanyak 70% sahaja.. dalam kes aku ni kira Alhamdulillah.. bulan febuari hari tu dah approve 1 rumah seksyen 27 shah alam & last week jumaat dapat call satu lagi application aku approve untuk apartment kat equine park seri kembangan (tapi surat belom sampai lagi.. suspen gak.. diaorang kata minggu ni). Harap-harap ok, pasal semua rumah ni aku beli below market & rental return pun quite ok.. err.. beginner yang merangkak ye.. belom banyak sangat propertynya dan incomenya..

kira dalam aspect property ni aku dah menambah beberapa portfolio la kiranya, Alhamdullillah..

lepas ni kena buat income restructuring lepas tu kene kasi track record clean dengan bank & LHDN, supaya future invesment kita nanti akan lebih teratur & smooth.. banyak aku belajar dalam proses nak dapatkan property ni.. yelah.. bidangnya bukanlah baru sangat pada aku tapi kalau tak selalu buat memangla ada masa tersangkut-sangkut.

Bab lain pulak

Hari tu aku pergi ke Guang Zhou China, memang dua tiga bulan sekali aku pi sana amik stok barang. kali ni aku pergi berempat, me, my wife and my two brothers.. masing-masing ada tugas memasing bagi menjimatkan masa.. aku & wife cari stok baju, manakala my brothers cari stok beg.

masa pergi tu dah nak masuk musim bunga, jadi banyk bebunga sakura mekar di kiri kanan jalan.. cantik woo.. very nice.. cuaca pun tak la sejuk sangat.. sangat selesa.. so far semuanya berjalan lancar.. cuma bab packing tu memang penatla sikit.. kat sini kalau pandai berniaga mamang banyak peluang-peluang yang terbuka luas, aku ni bukan kategori pandai berniaga.. aku kategori merangkak lagi.. tapi setaip kali aku datang sini aku akan dapat beberapa idea baru yang aku rasa boleh kalo nak di eksperimentkan pada masa akan datang.. tapi biasa kalau cakap pasal idea ni aku ada ulasan tersendiri.

Tuesday, March 29, 2011

APA..??!! Hang tak tau mana nak bawak bini hang bershopping..??

Hmmm.. inilah masalahnya.. pompuan ni kalo nak membeli barang kalou nak dibawakkan ke Alamanda ke, KLCC ke, Mid Valley ke, Sunway Pyramid ke.. bukan tak nak sebenarnya tapi.. leceh.. nak parking susah.. kang dah sampai kang nak merayau-rayau lagi cari barang, weekend tau-tau je la.. orang ramai tu.. nak pegang anak lagi.. nak mengikut bini beli barang lagi.. kang nampak yang lain nak dibeli jugak.. harga.. kalau murah macam kat butik Elyzzmode & pretty Flair kat Bangi tu takpe la jugak.. barang pun bagus-bagus.. ehh.. terpromote pulak..

bukan apa.. nak pergi shopping kompleks yang besar-besar tu memang best.. especially kalo nak nengok wayang, main bowling or memang nak bersantai jalan-jalan.. tapi untuk membeli baju atau beg untuk bini.. rasa macam..... hmm taktau la nak cakap apa, kadang-kadang rasa macam tak sesuai harganya dengan rekabentuk+kualiti barangnya.. dah tu bini nak test baju kene tunggu la pulak.. maklumlah orang ramai.. pergi time weekend..

jadi aku cadangkan kalo nak beli baju, handbag & accessories korang pergi je butik Elyzzmode & Pretty Flair.. kalau pasal parking kat depan kedai memang kadang-kadang penuh.. tapi kat area kedai ni (Diamond Compleks, Bandar Baru Bangi) ada shaded ground parking... FREE lagi.. then kat keliling area ni pun macam-macam barang keperluan lain pun ada.. Mc Donald pun dekat, ada mini playground lagi.. so para bapa/lelaki sementara nak menunggu bini memilih baju atau hand bag, bolehla nak lepak kat McDonald sambil meluangkan masa berasam anak-anak.. kan ke bagus tu.. Takdela si suami masam muka masa bini nak membeli belah..


ELYZZMODE; Handbag's Boutique

Kalau bini.. bising-bising asyik pakai handbag sama je, korang boleh datang ke Elyzzmode, kat sini macam-macam beg ada jual, yang banyaknya Handbag.. tapi kalo nak backpack, notebook bag, purse pun ada.. rupa chanteq-chanteq dan qualiti pun pada aku bagus.. kalau dibandingkan dengan harga kiranya menang membeli & menang memakai. Kalau para suami nak temankan bini bershopping, kat sini ada disediakan tempat duduk & ada majalah lagi untuk dibaca (sambil-sambil mengusha gambar lisa surihani yang cute tu dalam majalah remaja.. opss).. pada yang rajin berjalan tu.. beg lugage pun ada..


Pretty Flair Boutique

Haa.. untuk pakaian pulak korang jangan expect butik ni jual baju kurung je ye.. kat sini baju yang dijual agak modern sopan la.. bergantung kepada si pemakainya.. mix and match ikut kesesuaian.. dari segi size varies.. dari segi harga.. sannggggaattt berpatutan.. dari segi fashion upto date.. dimaklumkan yang owner butik ni memang amik direct & terus dari sumber.. jadi kalau ada new fashion update, kebarangkalian tinggi akan sampai ke butik ni awal.. kalau kat area Bangi ni agak susah juga nak cari bebaju yang macam kat butik ni.. tempat fitting room pun selesa & privasi.. kalau ke sini boleh ajak kengkawan ke fitting room yang besar ni sambil memberi komen professional mereka semasa mencuba pakaian.. hmm best kan..?? cermin pun besar..

ok la dah panjang lebar pulak aku buat karangan ni.. dah macam membebel pulak..


alamatnya:

607 & 507, Ground Floor, Kompleks Diamond,

Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi

(Behind Warta and the same row as McDonalds)

Adios amigos, grasias senor

Sunday, February 27, 2011

Air, Paip Air dan Tangki Air....

mari kita bayangkan.. wang sebagai air.. aku rasa ramai je anggap duit ni macam air.. laju je duit keluar, macam air keluar dari paip...

oleh itu....


untuk mendapatkan banyak air kita perlukan tangki air dan kita alirkan air melalui paip ke dalam tangki itu... dari masa ke semasa air dalam tangki tu akan meningkat.. dan dalam masa yang sama kita pun ada menggunakan air untuk keperluan harian.. betull..?? takkan simpan aje tak gunakan langsung.. jadi gunakan secara berhemah supaya kita boleh menyimpan air..

bila air masuk dan air yang kita guna sama banyak, itu yang kita jadi tak menyimpan air.. masa nak pakai buat kenduri ke, masa kecemasan ke, masa cirit-birit ke, kan ke susah kalau tak ada air..

bila kita menyimpan air, dari masa ke semasa air tu akan bertambah, jadi kita ada bannyyaakk la jugak air untuk kegunaan masa depan.. tapi untuk mempercepatkan lagi air dalam tangki tu penuh kita kena dapatkan multiple sources of paip air.. jadi dengan menambah paip sumber air itu kadar simpanan air dalam tangki pun lebih cepat meningkat.. dan air pula kita gunakan pada kadar keperluan, kalau perlu keluarkan air pun seberapa boleh dengan tujuan untuk menambahkan bilangan paip air.. contohnya kita jual air tu untuk membeli paip baru, supaya simpanan air kita bertambah..


konsep air, paip air & tangki air ni aku aplikasikan dalam hal-hal pengurusan keewangan aku.


amacam..?? boleh terima ke konsep di atas..

-chau-