Pages

Sunday, October 28, 2012

Penginapan Terbaik Di Putrajaya.. QIRANA HOMESTAY

Cuti pun dah dekat... kalau sapa-sapa kat sana yang menghadapi masalah penginapan especially di Putrajaya.. Qirana Homestay adalah penyelesaiannya.. Penginapan yang paling selesa dan paling cost effective di Putrajaya. Lokasi yang sangat baik.. berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan, hospital, pusat komuniti presint 9 (siap ada swiming pool kanak-kanak lagi), denkat dengan pasar malam yang BESAR (setaip hari Selasa & Jumaat) dan macam-macam lagi..

apa kata korang enjoy je video di bawah ni..


bye..bye...

Sunday, October 7, 2012

Eksperiment terbaru

Assalamualaikum..
Ni satu lagi eksperiment yang aku buat... Project Homestay Putrajaya.. baru registered & launching last week.. tapi dah mula bulan September.. sambutan..? Alhamdulillah menggalakkan..

Memandangkan ni eksperiment baru dan business abru aku.. jadi seberapa boleh aku akan cuba untuk memberikan keselesaan yang terbaik untuk customers aku. So far untuk area putrajaya ada 3 unit untuk memenuhi keperluan customers. Harga pulak untuk tempahan bulan oktober ni ada special diskaun yang diberikan. dan sebaik mungkin aku cuba pastikan yang customer aku rasa berbaloi dengan perkhidmatan yang aku berikan.

Maklumlah.. kat putrajya kan agak sukar nak cari hotel budget.. kalau hotel pun dapat satu bilik je kan..? ni siap 3 bilik boleh masuk 7-9 orang, siap ada dapur, aircond, astro dining table lagi. mana nak cari kat tempat lain.. amacam,,?

jadi kalau ada diantara anda atau kengkawan anda yang memerlukan penginapan di Putrajaya kami InsyaAllah kami boleh sedia penginapan yang selesa dan lokasinya sangat bagus. sebab berhampiran dengan kawasan ayng strategik, seperti Dataran Putrajaya, Pusat pengangkutan, bas & erl, Food Court, Pusat komuniti, dan lain-lain..


Apa kata korang LIKE page kami sekarang untuk dapatkan maklumat yang lebih dan untuk Update promosi terikini Homestay kitorang.

www.facebook.com/QiranaHomestay

Thank you..

Adios..

Saturday, September 15, 2012

Dah lama tak update blog.. Malu la saya..

Assalamualaikum...

Puasa dah habis Raya pun dah tingal sehari dua je... nampak sangat pemalas nak update blog... Yaa.. memang betul.. akui aje sebagai seorang pemalas.. hu..hu..hu..  kalau nak cerita tentang perkembangan business.. Ahamdulillah.. Progress yang baik dan berkembang disamping ada beberapa lagi new business experiment yang bakal dijalankan..

Untuk business trading aku H&F Global Trading (M) Sdn Bhd. so far macam biasala.. cuma customer makin bertambah.. quality customer pun bertambah & sales pun makin meningkat...

untuk Butik Elyzzmode pulak.. ada cerita sikit.. sebagai mana yang kengkawan sedia maklum sebelum ni aku ada dua premis.. yang mana satu jual handbag & satu lagi jual pakaian.. memandangkan lokasi berdepan sahaja antara satu sama lain.. kami becadang ianya disatukan sahaj bagi lebih memudahkan pengurusan dan mengefficientkan kos.. lebih-lebih lagi hal pekerja.. so.. buat masa sekarang ni kami menutup dahulu operasi bagi kerja-kerja kemas kini dan mengemas.. he..he..

Cerita property pulak..
buat masa sekarang jumlah property yang aku invest masih sama & tidak berubah.. memandangkan policy pembelian 3rd house dari bank negara msih macam tu lagi 70% loan.. kalau 90% laju gak aku mencari... tapi aku tengah try buat satu lagi business yang agak berkaitan dengan property ni.. dalam final stage skang ni.. so akan di announce dan di share dalam masa terdekat ni nanti... kalau korang rasa business tu berkaitan, berfaedah dan bole membantu korang.. jemput sokongla ye..
 

okla chau dulu.. tah bila lagi nak update latu..

Monday, July 9, 2012

Elyzzmode buat SALE buy 1 FREE 1 lagi ehh..

Assalamualaikum..

Sambil-sambil nak bagitau Butik Elyzzmode buat sale buy 1 free 1. aku upload kan sekali video yang aku buat hasil daripada salah satu seminar & workshop yang aku attend. Jom ajak kawan-kawan datang ke Butik wife aku tu ye.. datang testing aje pun tak pe..


enjoy the video & enjoy the SALE.
Datang SEKARANG kang dah abis offer ngan abis barang yang cantik-catik, jangan sedih pulak gila OFFER best nih..












Moshi.. moshi...

Saturday, July 7, 2012

Opocot siri 2

Tu la sekejap tenggelam.. Sekejap timbul.. Sambung balik.. Hari tu pasal business.. Ni pasal self improvement pulak..

Hari tu aku ada cakap pasal seminar, aku target 1 bulan 1 seminar.. So.. Antara yang menyibukkan diri aku ni bulan-bulan lepas ialah seminar... Jom kita recall balik seminar apa yang aku dah attend:

1. Seminar marketing power
2. Seminar advance marketing power
3. Seminar Video Internet Marketing Technology VIMT
4. Seminar Video Internet Marketing Technology VIMT advance
5. Seminar affiliates & ebook
6. Seminar percuma tinjauan perniagaan ke Guang Zhou (yang ni aku yang buat.. He..he..he..)

Ha.. Dah hampir sebulan satu seminar tu.. Kalau korang tanya kenapa perlu attend seminar ni.. Bole baca kat previous post aku..

Apa yang aku dapat dengan attend seminar ni..? Aku rasa aku berjaya kumpulkan tools, skill, network dan sebaginya yang aku perlu untuk mengerakkan business, membentuk mind set dan sebagainya..

Nak diibaratkan, bila nak pergi memburu kalau sebelum ni pakai lembing ngan lastik.. Skang kira dah adala sikit senapang, peluru, khemah, bekalan lain dan sebagainya. So takkan nak buru gajah bawak satu peluru je kan..??

Tapi bila dah kumpul peralatan simpan kat rumah je pun tak guna.. Kenala bertindak.. Tak gitu..??

So akan datang ni InsyaAllah ada beberapa tindakan yang akan dilaksanakan.. Kalau sempat aku share lagi kat sini..

Arigato..

Tuesday, July 3, 2012

OPOCOT...!!! Kat mana dah aku ni..

Assalamualaikum... salam takde apa takde.. terpocot-pocot pulak aku ni ye..

Kann.. aku dah agak..mesti termiss nak update blog punyer.. dasar tak cukup rajin... hmmm..  apa cerita dah ni.. kita tengok baik apa yang aku dah buat sepanjang-panjang setengah tahun ni..

Pasal Business..
Sampai setakat ni aku bersyukur sangat-sangat business trading aku H&F Global Trading (M)Sdn. Bhd. mendapat sale yang amat menggalakkan untuk setengah tahun ni.. walau pun ada beberapa cabaran tapi sale lebih baik daripada tahun lepas dan InsyaAllah akan lebih baik untuk masa mendatang.

apa yang aku perasan dalam aku buat business ni kita kena deliver lebih dari harga yang kita dapat... baik dengan customer dengan seikhas mungkin.. bukan pasal kita nak jual barang kita dan dapat untung semata-mata .. kita anggap mereka ni sebagai kawan kita atau sedara kita (jangan anggap macam bini kita pulak ye.. he..he..he..) jadi bila kita anggap macam tu perhubungan tu dah jadi lebih daripada peniaga dan pelanggan. Tak ada job pun kita jumpa tanya khabar.. borak-borak an sebagainya.. kalau ada apa-apa perkara yang kita boleh tolong kita tolong.. tak yah berkira sangat.. ada masa kadang-kadang aku supply satu dua barang tak ada untung pun, risau gak aku kalau sampai ke sudah tak ada untungkan..?? tapi pelanggan yang baik dan berkualiti mereka akan hargai keikhlasan kesungguhan kita bila berurusan... sedar tak sedar mereka pun akan memudahkan kita dalam berurusan... mereka pun akan tahu kita berniaga bukan untuk untung semata-mata..


opss.. panjang la pulak nak sambung progress cerita.. nanti aku sambung balik ye..


adios amigos

 

Thursday, May 17, 2012

Apa..!!?? Belanja sampai RM 679,272.00..!!!!!

Lebih setengah juta tu bang....

he..he.. itulah belanja minimum seorang perokok bila dia dah umur 55 tahun dah masih merokok..
cerita banyak tak nak... kalau terer sangat benti je la hisap rokok..

adios

Thursday, February 23, 2012

Average: 1 bulan 1 seminar

Assalamualaikum..

hmmm.. tengok sikit dah masuk bulan Febuari ni.. ada apa-apa perkembangan tak dalam business aku untuk tahun ni.. ada apa-apa perkembangan tak dengan diri aku sendiri.. memandangkan ni blog aku.. jadi aku cerita pasal aku la kan.. ha..ha..ha..

cukup habis bulan Januari hari tu cousin aku, merangkap staff aku buta keputusan untuk resign dan nak cuba buat business sendiri kat kampung halaman di Muar Johor, lagipun wife dia pun kat sana cikgu... dah lama di ngan aku, dekat 5 tahun ada.. aku tak pastila sama ada banyk atau tidak pengalamn yang dia cedok sepanjang bersama ngan aku, tapi aku harap dia berjaya dengan bidang baru... Good luck bro..All the best

Jadi start bulan Feb ni sementara aku nak dapatkan orang baru, kerja kena lebih teliti la.. sebelum ni main pass je.. dah setle baru check.. dan Alhamdulillah aku rasa tahun 2012 ni company aku bermula dengan agak baik.. banyak customer yang inquire dan banyak juga yang confirm.. Rezeki..

Disamping itu juga ada jugak la beberapa perancangan aku dalam nak menambahkan portfolio income 2012 sudah mula nak dijalan kan.. nak harap lancar memanglah buat business ni jarang sangat lancarnya.. cuma diharap dapatlah juga dilaksanakan.. dulu aku ada mention business ni macam buat experiment.. mana yang jadik proceed.. mana yang tak jadik tu.. evaluate.. nanti aku sharekan mana experiment aku yang menjadik dan mana experimen aku yang tak menjadik..




lagi satu dalam nak memperkembangkan business & portfolio income aku perlu sentiasa dalam semangat yang bagus (kalau tak hebat sekalipun bagus pun jadila), sentiasa ada mindset yang betul dan develop habit yang baik.. dalam perkara ni aku rasa perlu untuk kita bergaul dan berjumpa mereka yang liked minded people especially orang yang berpengetahuan dan berfikir tentang business, produktivity, property dan sebagainya.. mana aku nak jumpa orang-orang macam ni..?? so.. joinla seminar, bengkel, kelas dan sebagainya.. selain boleh memfokuskan mindset pada arah yang betul, banyak rahsia dan pengalaman yang boleh kita culik daripada mereka-meraka yang dah berjaya. Selain dari tu.. menambah kawan la.. lagi satu tahun 2012 ni aku bercadang nak attend at least 12 bijik seminar, bengkel atau talk.. kira everage sekali sebulan la..

so kalau la ada sapa-sapa kat luar sana tu terbaca blog aku yang tak seberapa ni.. wish me luck..
thank you..

wassalam..
adios..


Wednesday, January 25, 2012

Willingness to learn & willingness to change

Aku dah start berniaga lebih kurang 5-6 tahun.. dalam tempoh tu ada banyak cabaran dan pelajaran yang aku dapat.. kadang-kadang aku rasa macam lambat aku dapat tangkap pengajaran sepanjang dalam perniagaan. Antara perkara yang paling utama yang selalu aku lupa dalam aku nak mengejar matlamat atau kejayaan yang aku nak capai ialah willingness to learn & willingness to change. Kalau willing to learn aje tapi tak willing to change or take action pun tak menjadi jugak kan..



Aku lambat sedar untuk belajar dan melakukan perubahan. Walhal kalau aku bukak hati untuk belajar samaada melalui buku atau lebih baik belajar dari mereka yang lebih tahu.. jalannya adalah lebih mudah dan jelas.. Maklumlah aku ni pemalu.. nak belajar pun malu.. hi..hi.. macam anak dara pulak.. anak dara pun tak pemalu macam aku..

Dalam tahun-tahun lepas kira nasib baik jugala aku ada attend sedikit seminar yang bolehla membuka mata aku tentang peluang yang ada, tentang apa lagi yang boleh kita laksanakan selain daripada apa yang aku buat sekarang dan juga peluang bertemu dengan "same minded people". Yang mana aku rasa agak sukar jugak kengkadang untuk kita jumpa.. kita mungkin ada ramai kawan.. tapi untuk jumpa kawan yang ada pemikiran yang serupa mungkin agak sukar.. lagi satu.. kita boleh belajar dengan lebih cepet dengan menimba pengalaman dan pengetahuan orang lain..  Hasil daripada menghadiri seminar bukan sahaja dapat pengetahuan, malah dapat kawan baru & kalau kita bertindak berdasarkan pengetahuan yang kita dapat tu ia akan lebih membantu dalam apa yang nak kita capai..

ni aku linkkan seminar yang befaedah yang ada aku dah join dan cadang nak join.. jom..



kalau korang ada mana-mana seminar/kursus/whatever yang menarik share la sekali kat sini.


Bye.. Adios Amigos

Sunday, January 22, 2012

Masih mood tahun baru?

Siapa yang masih dalam mood tahun baru..? Selain dari tahun baru 2012, bulan januari pun ada tahun baru cina.. Gong Xi Fatt Choii..

Aku..? masih dalam mood tahun baru gak la kiranya.. dalam kita bersemangat untuk manjayakan azam tahun baru.. cabaran-cabaran tu tetap datang tak kira masa.. hmmm.. tahun ni salah sorang staff yang dari awal bersama aku dah nak mulakan langkah baru menceburi bidang business.. harap sepanjang dia ngan aku selama ni adalah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat dikutip.. Aku ucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada beliau..

Pada aku tahun 2012 ni bermula agak baik.. Customer sudah mula order barang.. dan ada customer lain yang sudah mula request untuk quotation, untuk order-order akan datang. Butiks.. ada sedikit penambah baikan yang aku buat untuk menarik lebih ramai orang datang dan membeli di butik-butik aku.. dan sedang merangka strategi untuk tahun ini...he..he.. let see how well will i do in 2012.

2011 - Tahun yang aku rasa agak mencabar tapi juga merupakan tahun yang banyak menimba pengalaman dan sedikit pencapaian. Beberapa business experiment yang aku jalankan untuk menambahkan income portfolio aku... ada yang menjadi dan ada yang tak menjadi dan ada yang perlu dibuat pada 2012..

Wednesday, January 4, 2012

Welcome 2012



Salam.. semua.. (semua..??)
Alhamdulillah dah masuk tahun baru.. bermakna umur pun bertambah.. Pengalaman..?? ada jugak bertambah sikit.. Anak..?? pun nak bertambah juga tahun ni InsyaAllah..

Nak cerita pasal Azam.. hmmm.. memandangkan aku ni kindda reserved person biarla Azam tu aku simpan sendiri dekat dengan jantung aku (notebook kecik letak kat poket) takyah la aku sharekan.. malu sehh..

tapi salah satunya ialah active Facebook & blog & share info, knowledge yang kengkawan aku & aku tahu sikit-sikit tu.

sekian..