Pages

Wednesday, January 25, 2012

Willingness to learn & willingness to change

Aku dah start berniaga lebih kurang 5-6 tahun.. dalam tempoh tu ada banyak cabaran dan pelajaran yang aku dapat.. kadang-kadang aku rasa macam lambat aku dapat tangkap pengajaran sepanjang dalam perniagaan. Antara perkara yang paling utama yang selalu aku lupa dalam aku nak mengejar matlamat atau kejayaan yang aku nak capai ialah willingness to learn & willingness to change. Kalau willing to learn aje tapi tak willing to change or take action pun tak menjadi jugak kan..



Aku lambat sedar untuk belajar dan melakukan perubahan. Walhal kalau aku bukak hati untuk belajar samaada melalui buku atau lebih baik belajar dari mereka yang lebih tahu.. jalannya adalah lebih mudah dan jelas.. Maklumlah aku ni pemalu.. nak belajar pun malu.. hi..hi.. macam anak dara pulak.. anak dara pun tak pemalu macam aku..

Dalam tahun-tahun lepas kira nasib baik jugala aku ada attend sedikit seminar yang bolehla membuka mata aku tentang peluang yang ada, tentang apa lagi yang boleh kita laksanakan selain daripada apa yang aku buat sekarang dan juga peluang bertemu dengan "same minded people". Yang mana aku rasa agak sukar jugak kengkadang untuk kita jumpa.. kita mungkin ada ramai kawan.. tapi untuk jumpa kawan yang ada pemikiran yang serupa mungkin agak sukar.. lagi satu.. kita boleh belajar dengan lebih cepet dengan menimba pengalaman dan pengetahuan orang lain..  Hasil daripada menghadiri seminar bukan sahaja dapat pengetahuan, malah dapat kawan baru & kalau kita bertindak berdasarkan pengetahuan yang kita dapat tu ia akan lebih membantu dalam apa yang nak kita capai..

ni aku linkkan seminar yang befaedah yang ada aku dah join dan cadang nak join.. jom..



kalau korang ada mana-mana seminar/kursus/whatever yang menarik share la sekali kat sini.


Bye.. Adios Amigos

0 comments:

Post a Comment