Pages

Wednesday, July 6, 2011

Ada ke orang baca blog aku ni..

Dengan tak malunya aku pun menanyakan soalan ini.. hi..hi..hi.. bukan apa.. aku tengok-tengok orang-orang punya blog sampai ada followers, stat counter, reply yang banyak.. hmm wondering gak aku.. aku ni takdela nak orang baca aku punya blog pun.. update pun jarang-jarang.. topic yang aku bicarakan pun bukan lah perkara-perkara yang menarik.. tak de apa-apa fokus pun.. sesetengah orang rajin cerita pasal hartanah.. macam dekat list sebelah kanan blog aku tu.. korang tengok la sendiri.. ada yang minat cerita personal life diorang.. ada yang cerita pasal perniagaan diorang.. hmmm aku pun memang rajin gak baca blog-blog diorang tu..

untuk diri aku sendiri blog aku ni cukupla untuk diri aku sendiri.. kat sini aku boleh baca sendiri cerita aku balik.. perkembangan diri sendiri.. cepat atau lambat aku bergerak.. keadaan business yang aku jalankan.. keberhasilan atau ke takjadian pada business experiment aku dan sebagainya..

dan juga..
bila anak-anak aku dah pandai baca nanti.. tak banyak sikit dapatla diorang baca dan tahu perjalanan hidup abah diorang masa muda-muda.. kan..

cun gambar sesibu kat atas ni (gambar hiasan)
he..he.. dan lagi satu aku memang tak gunakan nama sebenar aku kat sini.. saja je guna sesibu..satu sebab aku ni memang reserved sikit orangnya + pemalu... (hi..hi.. macam anak dara mengada la pulak) dan sebab aku rasa.. nama sesibu tu kena kot... apa yang aku ada dan aku kongsikan.. samaada cerita ke.. pengalaman ke.. ilmu ke.. semuanya sikit-sikit je... bercuit cuit je.. macam sesibu mencuit-cuit air kat sungai tu.. air sungai tu punya banyak yang dapat dicuit, sikit-sikitttt je..

and hopefully one day a dragonfly will be a flying dragon..

bole ke aku guna analogy macam tu... kira boleh la.. blog aku pun.. sekati aku la..


Wednesday, June 29, 2011

Menebas jalan bersemak

Terkial-kial.. terhegeh-hegeh aku nak menebas jalan-jalan yang bersemak.. hutan yang berselerak.. semoga jalan yang ku tebas ni bisa akan menjadi denai..mudah untuk ku lalu dengan basikal.. kemudian menjadi lorong untuk ku lalu dengan motosikal...hinggalah menjadi lebuhraya satu hari nanti untuk dilalui dengan sports car atau BMW X6.. tapi jalan yang ku tebas hari ini di harapkan dapat dilalui dengan selesa oleh yang bakal memandu kemudian.. kerana.. jalan yang ku tebas ini juga tak selamanya ku lalui... untuk sesetengah mereka, jalannya sudah awal ditebas .. namun tetap bukan mudah.. tugas untuk menjaga jalan dan memandu serta menaiktaraf jalan itu kepada lebuhraya tetap terpikul.. kerna jalan yang baik juga bisa kelobangan kalau tak dijaga.. semak juga boleh tumbuh kembali.. hutan juga boleh melata... Jalan yang ku tebas itu adalah jalan perniagaan.. kaum lain dah lama tebas jalan yang bersemak supaya anak-anak mereka nanti dah tersedia untuk mereka teruskan perjalanan.. dari generasi ke generasi jalan itu semakin besar.. dan sekarang banyak mereka yang dah jalan atas highway dengan kereta besar yang mana dulunya hanya denai yang ditebas oleh tuk nenek mereka.


ehhh.. dah dekat kul 1.00am patut la aku merapek tak tentu hala.. dah..tido..tido..

Monday, June 27, 2011

Kat mana dah aku ni..?

Huarghhhh.... dan hujung bulan Jun.. tengok sikit kat mana progress aku nih.. hmmm... pasal investment dulu:

portfolio investment
  • Unipark condo Ikram; status - disewakan & +ve cash flow
  • Vista komanwel bukit jalil; status - sendiri duduk dulu
  • Apartment bunga negara section 27 Shah Alam; status - loan dah approve, 1st reinbursement dah buat.. tunggu next reinbursement & cari penyewa.
  • Apartment Ruselia Equine park seri kembangan; loan dah approve, tunggu approval SUK Selangor pasal rumah low cost
Portfolio Business
  • H&F Global Trading (M) Sdn Bhd: Jalan macam biasa.. Alhamdulillah last two month business ada pick-up sikit.
  • Elyzzmode Dot Com: jalan macam biasa, cuma online sales ada selow sikit
  • Elyzzmode Flair (Pretty Flair Boutique): jalan macam biasa
  • Business trip to China: tahun ni aku plan buat mungkin dalam bulan november.. sapa-sapa yang minat bole prebook dulu..
New business (new experiment)
  • Sewa Wira; Status - running & still experimenting hopefully everything ok
  • Sewa Naza; Status - running & still experimenting most of the time memang pakai sendiri, sapa berminat nak sewa harga dalam rm 250.00 per day (minimum 2 hari)
  • Elyzzgifts; newly setup not even register yet.. kalau ada sapa-sapa yang nak buat gifts, either wedding gifts atau corporate gifts dengan harga murah by order silalah ke www.elyzzgifts.blogspot.com

Perjalanan business ni tak sepanjang masa lancar.. ada masa naik, ada masa turun, ada masa jalan lurus, ada masa jalan bengkok ada jalan cantik, ada jalan banyak lopak.. untuk diri aku dan kengkawan yang berniaga.. semoga sentiasa tabah dan cekal hati dalam melangkah dalam dunia perniagaan... ada usaha InsyaAllah kita akan berjaya..