Pages

Wednesday, January 25, 2012

Willingness to learn & willingness to change

Aku dah start berniaga lebih kurang 5-6 tahun.. dalam tempoh tu ada banyak cabaran dan pelajaran yang aku dapat.. kadang-kadang aku rasa macam lambat aku dapat tangkap pengajaran sepanjang dalam perniagaan. Antara perkara yang paling utama yang selalu aku lupa dalam aku nak mengejar matlamat atau kejayaan yang aku nak capai ialah willingness to learn & willingness to change. Kalau willing to learn aje tapi tak willing to change or take action pun tak menjadi jugak kan..



Aku lambat sedar untuk belajar dan melakukan perubahan. Walhal kalau aku bukak hati untuk belajar samaada melalui buku atau lebih baik belajar dari mereka yang lebih tahu.. jalannya adalah lebih mudah dan jelas.. Maklumlah aku ni pemalu.. nak belajar pun malu.. hi..hi.. macam anak dara pulak.. anak dara pun tak pemalu macam aku..

Dalam tahun-tahun lepas kira nasib baik jugala aku ada attend sedikit seminar yang bolehla membuka mata aku tentang peluang yang ada, tentang apa lagi yang boleh kita laksanakan selain daripada apa yang aku buat sekarang dan juga peluang bertemu dengan "same minded people". Yang mana aku rasa agak sukar jugak kengkadang untuk kita jumpa.. kita mungkin ada ramai kawan.. tapi untuk jumpa kawan yang ada pemikiran yang serupa mungkin agak sukar.. lagi satu.. kita boleh belajar dengan lebih cepet dengan menimba pengalaman dan pengetahuan orang lain..  Hasil daripada menghadiri seminar bukan sahaja dapat pengetahuan, malah dapat kawan baru & kalau kita bertindak berdasarkan pengetahuan yang kita dapat tu ia akan lebih membantu dalam apa yang nak kita capai..

ni aku linkkan seminar yang befaedah yang ada aku dah join dan cadang nak join.. jom..



kalau korang ada mana-mana seminar/kursus/whatever yang menarik share la sekali kat sini.


Bye.. Adios Amigos

Sunday, January 22, 2012

Masih mood tahun baru?

Siapa yang masih dalam mood tahun baru..? Selain dari tahun baru 2012, bulan januari pun ada tahun baru cina.. Gong Xi Fatt Choii..

Aku..? masih dalam mood tahun baru gak la kiranya.. dalam kita bersemangat untuk manjayakan azam tahun baru.. cabaran-cabaran tu tetap datang tak kira masa.. hmmm.. tahun ni salah sorang staff yang dari awal bersama aku dah nak mulakan langkah baru menceburi bidang business.. harap sepanjang dia ngan aku selama ni adalah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat dikutip.. Aku ucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada beliau..

Pada aku tahun 2012 ni bermula agak baik.. Customer sudah mula order barang.. dan ada customer lain yang sudah mula request untuk quotation, untuk order-order akan datang. Butiks.. ada sedikit penambah baikan yang aku buat untuk menarik lebih ramai orang datang dan membeli di butik-butik aku.. dan sedang merangka strategi untuk tahun ini...he..he.. let see how well will i do in 2012.

2011 - Tahun yang aku rasa agak mencabar tapi juga merupakan tahun yang banyak menimba pengalaman dan sedikit pencapaian. Beberapa business experiment yang aku jalankan untuk menambahkan income portfolio aku... ada yang menjadi dan ada yang tak menjadi dan ada yang perlu dibuat pada 2012..

Wednesday, January 4, 2012

Welcome 2012



Salam.. semua.. (semua..??)
Alhamdulillah dah masuk tahun baru.. bermakna umur pun bertambah.. Pengalaman..?? ada jugak bertambah sikit.. Anak..?? pun nak bertambah juga tahun ni InsyaAllah..

Nak cerita pasal Azam.. hmmm.. memandangkan aku ni kindda reserved person biarla Azam tu aku simpan sendiri dekat dengan jantung aku (notebook kecik letak kat poket) takyah la aku sharekan.. malu sehh..

tapi salah satunya ialah active Facebook & blog & share info, knowledge yang kengkawan aku & aku tahu sikit-sikit tu.

sekian..