Pages

Monday, April 18, 2011

Banyak benda boleh belajar

Ting tong, ting tong dah dekat dua bulan aku tak update blog.. biasala kalao dah nama pemalas tu.. tak yah nak bagi alasan-alasan lain, sibukla itu la ini la..

hari tu aku ada cerita pasal beginner yang merangkak, pasal pelaburan dalam property.. untuk pembelian rumah yang ke-3 dan seterusnya pembiayaan adalah sebanyak 70% sahaja.. dalam kes aku ni kira Alhamdulillah.. bulan febuari hari tu dah approve 1 rumah seksyen 27 shah alam & last week jumaat dapat call satu lagi application aku approve untuk apartment kat equine park seri kembangan (tapi surat belom sampai lagi.. suspen gak.. diaorang kata minggu ni). Harap-harap ok, pasal semua rumah ni aku beli below market & rental return pun quite ok.. err.. beginner yang merangkak ye.. belom banyak sangat propertynya dan incomenya..

kira dalam aspect property ni aku dah menambah beberapa portfolio la kiranya, Alhamdullillah..

lepas ni kena buat income restructuring lepas tu kene kasi track record clean dengan bank & LHDN, supaya future invesment kita nanti akan lebih teratur & smooth.. banyak aku belajar dalam proses nak dapatkan property ni.. yelah.. bidangnya bukanlah baru sangat pada aku tapi kalau tak selalu buat memangla ada masa tersangkut-sangkut.

Bab lain pulak

Hari tu aku pergi ke Guang Zhou China, memang dua tiga bulan sekali aku pi sana amik stok barang. kali ni aku pergi berempat, me, my wife and my two brothers.. masing-masing ada tugas memasing bagi menjimatkan masa.. aku & wife cari stok baju, manakala my brothers cari stok beg.

masa pergi tu dah nak masuk musim bunga, jadi banyk bebunga sakura mekar di kiri kanan jalan.. cantik woo.. very nice.. cuaca pun tak la sejuk sangat.. sangat selesa.. so far semuanya berjalan lancar.. cuma bab packing tu memang penatla sikit.. kat sini kalau pandai berniaga mamang banyak peluang-peluang yang terbuka luas, aku ni bukan kategori pandai berniaga.. aku kategori merangkak lagi.. tapi setaip kali aku datang sini aku akan dapat beberapa idea baru yang aku rasa boleh kalo nak di eksperimentkan pada masa akan datang.. tapi biasa kalau cakap pasal idea ni aku ada ulasan tersendiri.