Hari ni dapatla aku menyelesaikan beberapa perkara.. walaupun ade benda yang terpaksa ditunda ke minggu depan pulak.. Alhamdulillah barang utk 3 buah sekolah dah dihantar hari ni.. harap reputasi sentiasa positif dalam perniagaan kecil aku ni.. kemudian staff aku demam pulok.. harap-harap tak ade aper-aperla.. skang ni musim H1N1 masih tak nampak tanda-tanda surut.. lepas jumaat aku ke customer besar aku kat KL, hantar quotation & cuba nak dapatkan satu lagi projek (rasa macam kurang harapan berdasarkan beberapa faktor) tapi cuba je la.. aku propose meja pejabat.. then customer mintak quotekan harga meja printer.. harap kalau tak dapat meja pejabat meja printer pun aku dah cukup happy..
masuk cerita lain sket....
semenjak dua menjak ni aku sering tertengok & terdengar hal-hal politik semasa.. aku sebagai rakyat biasa, dan peniaga kecil secara peribadinya rasa sedih gak.. tapi aku tak tau la pandangan aku ni betul atau tidak.. sebab kebanyakan orang yang sama keturunan, dan sama agama dengan aku dilihat seolah-olah agak kurang mempertahankan apa yang masih ada..
sekiranya dilihat kedudukan orang islam dan orang Melayu di malaysia sekarang ni.. dari segi penguasaan ilmu, ekonomi, sosial dan politik. kita dilihat hanya agak kuat pada politik (itu pun nampaknya sudah agak goyang sekarang ni).. kita dilihat terlalu asyik berpolitik.. dan lebih buruk lagi apabila dilihat seolah-olah secara membuta tuli mempertahankan pemimpin yang mereka sokong.. tak paham aku..( sama ada penyokong kerajaan / pembangkang)
pemolitik-pemolitik ini ada kalanya seolah-olah terlalu mementingkan diri sendiri dan menjeritkan perjuangan... dan laungan itu disambut oleh penyokong yang melalak tak tentu hala..(ini dirujuk kepada pihak pembangkang)... dibawa pula suara ini ke jalanan... menyusahkan orang ramai, peniaga.. secara tak langsung mensabotaj imej negara... peratusan yang keluar berdemonstrasi adalah orang-orang kita... saya pernah juga cuba menyertai demonstrasi jalanan pada tahun 97/98, masa tu hampir setiap minggu ada demonstrasi.. yang saya lihat ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya:
1. yang meneyertainya kebanyakan adalah orang-orang kita.
2. kebanyakkan anak-anak muda yang menyertainya nampak macam tak paham tujuan demonstrasi tersebut.. lebih seronok menjerit dan mengacah-acah FRU..
3. ada dilihat ibu-ibu yang membawa anak kecil berada dalam keadaan sangat takut kerana terperangkap dalam situasi itu, mereka yang berdemonstrasi tak nampak memperdulikan kan ibu-ibu dan anak-anak itu, mungkin kerana dalam ramai-ramai tu tak ade yang perasan..
4. sememangya banyak kedai-kedai tutup pada waktu itu..
5. polis surah bersurai secara aman dan jangan berlari.. tapi budak-budak ni macam seronok berlari bertempiaran apabila fru bergerak.. mungkin kerana terlalu excited berada dalam keadaan tersebut..
dalam keadaan sekarang ni aku memang tak paham apa faedah yang mereka dapat dengan berdemonstrasi di jalanan seumpama itu... aku hanya nampak faedah politik untuk pihak tertentu...
kalu ada sapa-yang yang terbaca blog aku ni di alu-alukan bagi pendapat.. next time aku bukak citer lain pulak huarghhh.. ngantuk dah ni..
wassalam
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
4 years ago
0 comments:
Post a Comment