Pages

Monday, July 9, 2012

Elyzzmode buat SALE buy 1 FREE 1 lagi ehh..

Assalamualaikum..

Sambil-sambil nak bagitau Butik Elyzzmode buat sale buy 1 free 1. aku upload kan sekali video yang aku buat hasil daripada salah satu seminar & workshop yang aku attend. Jom ajak kawan-kawan datang ke Butik wife aku tu ye.. datang testing aje pun tak pe..


enjoy the video & enjoy the SALE.
Datang SEKARANG kang dah abis offer ngan abis barang yang cantik-catik, jangan sedih pulak gila OFFER best nih..












Moshi.. moshi...

Saturday, July 7, 2012

Opocot siri 2

Tu la sekejap tenggelam.. Sekejap timbul.. Sambung balik.. Hari tu pasal business.. Ni pasal self improvement pulak..

Hari tu aku ada cakap pasal seminar, aku target 1 bulan 1 seminar.. So.. Antara yang menyibukkan diri aku ni bulan-bulan lepas ialah seminar... Jom kita recall balik seminar apa yang aku dah attend:

1. Seminar marketing power
2. Seminar advance marketing power
3. Seminar Video Internet Marketing Technology VIMT
4. Seminar Video Internet Marketing Technology VIMT advance
5. Seminar affiliates & ebook
6. Seminar percuma tinjauan perniagaan ke Guang Zhou (yang ni aku yang buat.. He..he..he..)

Ha.. Dah hampir sebulan satu seminar tu.. Kalau korang tanya kenapa perlu attend seminar ni.. Bole baca kat previous post aku..

Apa yang aku dapat dengan attend seminar ni..? Aku rasa aku berjaya kumpulkan tools, skill, network dan sebaginya yang aku perlu untuk mengerakkan business, membentuk mind set dan sebagainya..

Nak diibaratkan, bila nak pergi memburu kalau sebelum ni pakai lembing ngan lastik.. Skang kira dah adala sikit senapang, peluru, khemah, bekalan lain dan sebagainya. So takkan nak buru gajah bawak satu peluru je kan..??

Tapi bila dah kumpul peralatan simpan kat rumah je pun tak guna.. Kenala bertindak.. Tak gitu..??

So akan datang ni InsyaAllah ada beberapa tindakan yang akan dilaksanakan.. Kalau sempat aku share lagi kat sini..

Arigato..

Tuesday, July 3, 2012

OPOCOT...!!! Kat mana dah aku ni..

Assalamualaikum... salam takde apa takde.. terpocot-pocot pulak aku ni ye..

Kann.. aku dah agak..mesti termiss nak update blog punyer.. dasar tak cukup rajin... hmmm..  apa cerita dah ni.. kita tengok baik apa yang aku dah buat sepanjang-panjang setengah tahun ni..

Pasal Business..
Sampai setakat ni aku bersyukur sangat-sangat business trading aku H&F Global Trading (M)Sdn. Bhd. mendapat sale yang amat menggalakkan untuk setengah tahun ni.. walau pun ada beberapa cabaran tapi sale lebih baik daripada tahun lepas dan InsyaAllah akan lebih baik untuk masa mendatang.

apa yang aku perasan dalam aku buat business ni kita kena deliver lebih dari harga yang kita dapat... baik dengan customer dengan seikhas mungkin.. bukan pasal kita nak jual barang kita dan dapat untung semata-mata .. kita anggap mereka ni sebagai kawan kita atau sedara kita (jangan anggap macam bini kita pulak ye.. he..he..he..) jadi bila kita anggap macam tu perhubungan tu dah jadi lebih daripada peniaga dan pelanggan. Tak ada job pun kita jumpa tanya khabar.. borak-borak an sebagainya.. kalau ada apa-apa perkara yang kita boleh tolong kita tolong.. tak yah berkira sangat.. ada masa kadang-kadang aku supply satu dua barang tak ada untung pun, risau gak aku kalau sampai ke sudah tak ada untungkan..?? tapi pelanggan yang baik dan berkualiti mereka akan hargai keikhlasan kesungguhan kita bila berurusan... sedar tak sedar mereka pun akan memudahkan kita dalam berurusan... mereka pun akan tahu kita berniaga bukan untuk untung semata-mata..


opss.. panjang la pulak nak sambung progress cerita.. nanti aku sambung balik ye..


adios amigos