Pages

Wednesday, October 26, 2011

Menceburi Bidang Baru


Assalamualaikum...

Dalam nak menambahkan portfolio business & income, aku baru-baru ni membuat keputusan untuk menceburi satu bidang baru, iaitu real estate agency, sebelum ni memang aku dah menceburi bideng hartanah sebagai pelabur kecil-kecilan maklumlah baru beginner, dan aku rasa untuk menambahkan pengetahuan aku dalam bidang hartanah ni aku rasa mendaftar sebagai real estate agent/negotiator. Harapnya disamping dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman aku juga dapat membantu bakal-bakal client aku yang nak menjual, menyewa mahupun membeli hartanah, samaada client nak beli untuk diri sendiri ataupun untuk pelaburan.

So.. diharapkan aku akan dapat menimba pengalaman baru dalam bidang ni.

P/s: kepada sesiapa yang memerlukan khidmat Real Estate Negotiator sila hubungi saya:
Helmy 019-2094429, registered Real Estate Negotiator, Chester Properties Sdn Bhd (Hartamas)

maklumat senarai hartanah di

Thank you...

Sunday, October 23, 2011

UPM, oleh saya jatuh cinta dengan awak..?

Sekarang ni tengah berlangsung ekspo pertanian & pesta konvokesyen 2011 di UPM from 14-19 October 2011.. Aku ni walaupun pernah ke UPM sebelum ni tapi taklah pernah datang ke pesta konvo.. atau ke bukit expo.. My first impression.. Cantiknya UPM...Sangat-sangat WOW..!! satu tempat yang sangat nyaman dan menenangkan.. especially dengan adanya tasik-tasik yang mendamaikan.. tersentuh hati aku... i wish i could have one of your tasik. Cantik gila..

Taman-taman dan tapak tanaman buah-buahan juga sangat cantik dan berjaga.. sampai aku pun tak perasan pokok-pokok yang aku lihat tu sebenarnya adalah pokok rambutan, cempedak, duku dan durian... kalau satu hari nanti aku ada dusun buah, aku nak buat macam dusun kat UPM..

Berkenaan dengan student-student UPM pulak... TWO THUMBS UP..!! awak semua sangat sporting.. baik dan mesra alam.. takdela yang sampai ramah sangat & tegur aku tak pasal-pasal.. tapi dilihat kepada program-program yang dianjurkan sepanjang pesta konvo ni penglibatan pelajar nampak memberansangkan. Pagi tadi masa aku tengah tengok bebudak main paintball..(aku pun teringin nak main sebenarnya tapi malu ngan takde geng) ada one group of students yang bawak plastik sampah & kutip sampah dan tengok dalam tong sampah kalau ada recycle waste yang diorang boleh ambik & recycle.. wahh.. hebat..!! bangga aku tengok ada budak muda yang buat macam tu.. lepas tu ada pulak group yang satu lagi passkan flyers promote environmental friendly message "henti guna polisterin" beserta dengan fakta-fakta..Flyers kempen henti guna polistrin DOUBLE WAHH..!! untuk korang semua.. sepanjang tiga hari aku berniaga kat sini, walaupun penat, tapi banyak juga yang aku pelajari dengan korang walaupun secara indirectly.. sebetulnya aku( actually my wife) ada bukak tapak di pesta convo UPM.. tahun ni baru nak cuba-cuba involve dengan booth convo.. Program korang memang best.. yang datang ke booth aku pun memang BEST-BEST belaka.. siap ajak kawan-kawan lagi.. terima kasih ye.. tak sia-sia aku pasang lampu lip lap & khemah extra (untuk halang hujan dari kena baju & handbag yang aku jual) walaupun hujan semalam & hari ni.. tapi korang tetap memberi sokongan program korang tahniah.. (kalau tengah jalan-jalan tu hujan, atau panas terik jemputlah berteduh kat khemah kitorang - yang ada bunting tulis Elyzzmode warna pink..) Tapak kitorang

Tentang Ekspo Pertanian & Pesta Konvo... MARVELOUS.. walaupun terlalu awal untuk aku puji.. sebab masih ada tiga hari lagi untuk habis pesta Konvo.. tapi pada aku, pesta konvo UPM memang BESSSTTTT BANGATTT...!! Berkalung-kalung tahniah untuk UPM, Penganjur Program, KLfm, KEPERTAMA dan yang lain-lain (aku tak sure sapa lagi yang terlibat - aku berniaga je kat sini).. Program yang dilaksanakan memang menarik & TERBAEKK.. Mula-mula aku ingat tapak kat padang akan leceh masa hujan tapi Alhamdulillah.. tak lah begitu teruk.. malahan kat sini siap ada playground.. & picnic table + macam wakaf kot kat sebelah playground tu.. nak bawak anak-anak pun senang.. bestt..

Concert gegar.. BestTadi ada konsert KLfm GEGAR biar betul UPM.. untuk aku yang jarang (or tak pernah) pergi konsert ni memang rasa best sangat la konsert tu.. walau pun mimie one nation Emcee berikan move yang terbaik masa nyanyi atau pun masa Adam AF + VIP berlompatan di atas pentas.. semua yang ada enjoy dengan tertib.. tade la sampai terkinja-kinja tak tentu hala lagi pun.. pakcik-pakcik, makcik-makcik pun ada turut sama di padang tu.. bebudak kecik pun enjoy kat padang yang luas tu.. memang BEST..

kepada UPM Tahniah, kepada UPMian anda memang SPORTING dan BEST... dah malam ni nak tido kroh..kroh..

nukilan ikhlas peribadi

Tuesday, October 4, 2011

KEPALA HOTAK KO BERJAMBUL...!!

Saja nak buat tajuk ni.. tetiba teringat perkataan yang agak selalu digunakan masa bebudak dulu.. especially masa marahla.. tapi masa bergurau ada gak digunakan perkataan ni.. he..he.. macam kasar la pulak...

tapi skang kalo marah pun cakap dalam hati aje la.. kan dah besar.. cabaran seharian mamang banyak.. cabaran dalam berniaga pun banyak.. sebelum cakap KEPALA HOTAK KO BERJAMBUL...!! pada orang lain tanya pada diri sendiri dulu... berjambul tak kepala hotak aku ni.. jangan nak asyik salahkan orang lain je.. kan...

kalo aku terer tak perlu salahkan orang lain sebab.. bila dah terer kita akan cari cara supaya orang tak buat salah pada kita... iyeke... merapu je.. pasal lama tak update blog..

he..he..

chau..