Pages

Tuesday, January 4, 2011

December: continued...

Apa lagi aktiviti disember aku nih... oh ya.. bercuti ke Langkawi.. hmm buat sekian kalinya aku family sebelah aku bercuti full corum.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar & sangat menarik, tahun 2011 ni boleh plan bercuti lagi..

then aku join satu seminar yang pada aku sangat bagus.. seminar tersebut berkenaan dengan hartanah anjuran tuanbri banyak maklumat-maklumat yang aku dapat, dan banyak gak kenalan-kenalan baru yang aku kenal.. Seminar tu membuka mata aku tentang hartanah ni.. so lepas ni kalo aku ada apa-apa kemusykilan pasal property ni banyak orang boleh aku rujuk.. hasil daripada group ni kitorang dipecahkan kepada beberapa group yang bertujuan untuk keluar dan mempraktikkan urusniaga hartanah.. dan aku agak bernasib baik sebab dalam group aku ni ada sorang yang dah memang berpengalaman dalam bidang hartanah ni saudara Syahman.. jadi banyak yang aku dapat belajar daripada pengalaman dan resources yang dia ada.. Veryy good.. agak penuh gak la kepala hotak aku ni dengan maklumat-maklumat baru dalam bulan december ni tak rasa sangat buang masa.. bak kata orang tak rugi if you invest in yourself.. kannn..

lagi..

lepas je seminar tu selang sehari aku ke China pulak.. macam biasa.. amik stok ubtuk butik bini aku kat Bangi.. masa aku pergi hari tu musim sejuk.. bbbrrrr.. syok gak la.. untuk aku yang datang dari negara musim panas/hujan.. aku ke sana 4 hari 3 malam dengan wife aku sekali (dia yang pilih pun, aku bukan tau sangat Fesyen pompuan nih..)

yang menariknya kat Guang Zhou, China ni.. setiap kali aku pergi aku belajar benda baru, perkataan baru.. nak berurusan dengan orang China ni tidaklah begitu mudah, diorang tak banyak yang boleh cakap english.. kadang-kadang aku maincakap bahasa melayu je.. sebab kalo cakap orang putih pun bukan diorang paham.. tapi dari semasa ke semasa aku dapat belajar bagaimana nak lebih berurusan dengan lebih economic dan efficient..

balik semula ke malaysia hari tu 31 december malam.. kira detik 1 januari 2011 tu aku sedang berada kat angkasa raya, sampai malaysia kul 1.30 am 01/01/2011..- Selamat Tahun Baru -

0 comments:

Post a Comment