Saya lukis satu titik pada satu kertas photocopy A4 brand IK dan saya tanya awak... Apa yang awak nampak..?
Awak A: nampak titik hitam la.. (apa kene mamat sesibu ni tanya soalan merapu ni..?)
awak B: hmmm.... nampak titik hitam, hmmm tapi macam tak berapa bulat... kenapa ko tanya..?
Awak C: ni ko lukis taik lalat ke..?
Awak D: kroh..kroh....(malas aku nak layan)
aku rasa kebanyakan orang akan jawab macam tu la.. sama la gak ngan aku.. jadi kat sinila isu aku.. (aku cakap pasal aku ye.. bukan orang lain..)..
aku nak di bentangkan kertas A4 kedalam bentuk kehidupan atau bentuk orang,
sama la jugak pada kebanyakan masa aku termelihat orang pada titik hitamnya.. bukan pada putih yang lebih banyak dan lebih besar dari titik hitam itu.. pada kebanyakan masa manusia tu tak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.. yang mana kadang-kadang dia sendiri pun tak perasan.. jadi orang macam aku ni selalunya terpandanglah pada kesilapan mereka berbanding dengan kebaikan yang lebih banyak ada pada orang itu.. dari masa ke semasa aku cuba memperbetulkan pandangan macam ni pada orang lain, ya semua orang buat salah.. tapi tak bermaksud bila dia buat salah dia langsung tak ada kebaikan.. (err... penjenayah berat, dah kira bukan titik hitam lagi ye.. dah kira kertas tu warna hitam),
jadi aku harap aku dapat lebih melihat kebaikan orang daripada kesilapan orang.. sebab aku pun banyak buat silap..
err... jap aku baca balik apa aku dah tulis kat atas...
hmmm... merapek lagi...
-adios-
0 comments:
Post a Comment