bukan apa.. nak pergi shopping kompleks yang besar-besar tu memang best.. especially kalo nak nengok wayang, main bowling or memang nak bersantai jalan-jalan.. tapi untuk membeli baju atau beg untuk bini.. rasa macam..... hmm taktau la nak cakap apa, kadang-kadang rasa macam tak sesuai harganya dengan rekabentuk+kualiti barangnya.. dah tu bini nak test baju kene tunggu la pulak.. maklumlah orang ramai.. pergi time weekend..
jadi aku cadangkan kalo nak beli baju, handbag & accessories korang pergi je butik Elyzzmode & Pretty Flair.. kalau pasal parking kat depan kedai memang kadang-kadang penuh.. tapi kat area kedai ni (Diamond Compleks, Bandar Baru Bangi) ada shaded ground parking... FREE lagi.. then kat keliling area ni pun macam-macam barang keperluan lain pun ada.. Mc Donald pun dekat, ada mini playground lagi.. so para bapa/lelaki sementara nak menunggu bini memilih baju atau hand bag, bolehla nak lepak kat McDonald sambil meluangkan masa berasam anak-anak.. kan ke bagus tu.. Takdela si suami masam muka masa bini nak membeli belah..
ELYZZMODE; Handbag's Boutique
Kalau bini.. bising-bising asyik pakai handbag sama je, korang boleh datang ke Elyzzmode, kat sini macam-macam beg ada jual, yang banyaknya Handbag.. tapi kalo nak backpack, notebook bag, purse pun ada.. rupa chanteq-chanteq dan qualiti pun pada aku bagus.. kalau dibandingkan dengan harga kiranya menang membeli & menang memakai. Kalau para suami nak temankan bini bershopping, kat sini ada disediakan tempat duduk & ada majalah lagi untuk dibaca (sambil-sambil mengusha gambar lisa surihani yang cute tu dalam majalah remaja.. opss).. pada yang rajin berjalan tu.. beg lugage pun ada..
Pretty Flair Boutique
Haa.. untuk pakaian pulak korang jangan expect butik ni jual baju kurung je ye.. kat sini baju yang dijual agak modern sopan la.. bergantung kepada si pemakainya.. mix and match ikut kesesuaian.. dari segi size varies.. dari segi harga.. sannggggaattt berpatutan.. dari segi fashion upto date.. dimaklumkan yang owner butik ni memang amik direct & terus dari sumber.. jadi kalau ada new fashion update, kebarangkalian tinggi akan sampai ke butik ni awal.. kalau kat area Bangi ni agak susah juga nak cari bebaju yang macam kat butik ni.. tempat fitting room pun selesa & privasi.. kalau ke sini boleh ajak kengkawan ke fitting room yang besar ni sambil memberi komen professional mereka semasa mencuba pakaian.. hmm best kan..?? cermin pun besar..
ok la dah panjang lebar pulak aku buat karangan ni.. dah macam membebel pulak..
alamatnya:
607 & 507, Ground Floor, Kompleks Diamond,
Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi
(Behind Warta and the same row as McDonalds)
Adios amigos, grasias senor
0 comments:
Post a Comment